Sebelum muktamar, kecoh PAS berkeras nak melaksanakan hudud dengan yang banyak buat kenyataan ini adalah calon-calon bertanding. Maklumlah, terdesak nak promosi diri sebagai pejuang Islam sejati atau nanti tidak dapat undi.
Habis Muktamar, dengan semua keputusan dah diketahui siapa pemenang, keluar pulak cerita nak muzakarah dengan UMNO. Apa yang tengah berlaku ni? Pening betul kepala aku. Hudud pun tak selesai bahas, dah keluar cerita muzakarah.
Mana satu nak tackle dulu, hudud atau muzakarah PAS dengan musuh?
Ataupun cadangan nak muzakarah ini adalah sebahagian dari Black Ops oleh agen UMNO dalam PAS untuk memecah belahkan Pakatan Rakyat?
Tak tahulah, sebab ada segelintir penyokong Pakatan Rakyat di luar sana yang mudah sangat tuduh Black Ops sana Black Ops sini tapi faham pun tidak apa benda Black Ops tu. Bila pemimpin PAS sibuk cadang Muzakarah dengan UMNO, tak pulak nak nak kata orang itu operator Black Ops upahan UMNO?
Semua ini nampak sangat mengarutlah, apa yang PAS kebulur sangat nak bermuzakarah dengan UMNO, seolahnya dalam Pakatan Rakyat semua isu selesai, tak ada masalah dah. Walhal kita ada banyak isu tertunggak, kalimah Allah dan hudud contohnya, perbezaan tak selesai lagi tu, dah nak muzakarah dengan UMNO pulak.
Elok macam inilah, sebelum PAS muzakarah dengan UMNO, apa kata PAS muzakarah dengan DAP dan PKR tentang isu hudud ini habis-habis dulu. Hudud diutamakan, isu lain boleh ketepikan dulu sebab ini soal undang-undang nak potong tangan dan kaki bersilang silang ni.
Tetapkan pendirian dari sekarang bahawa hudud ini akan agenda yang dipersetujui bersama untuk TIDAK DILAKSANAKAN sama sekali di Malaysia ini kalau Pakatan Rakyat memerintah nanti.
Jangan lagi jadi macam sekarang, kejap nak laksana, kejap tak akan laksana. Dua parti konsisten pendirian (DAP dan PKR) sementara PAS macam biskut, tak mahu macam itu sebab nanti penyokong nampak macam bodoh dan hilang arah tujuan perjuangan.
Ada hudud atau tak ada hudud.
Selesaikan itu dulu, lepas itu PAS nak muzakarah dengan yahudi mabuk mana pun, muzakarahlah sampai pagi, Pakatan Rakyat tidak peduli - pasal kita tahu muzakarah itu memang tak akan berjaya pun, nak nak dengan UMNO.
Bak kata orang, minyak dengan air mana boleh campur.
Hujung-hujung, muzakarahnya tak jalan-jalan, PAS sibuk tuduh UMNO mula dulu, UMNO tuduh PAS mula dulu. Kita lama tahu dah, sebab itu elok biarkan saja.
No comments:
Post a Comment