Aku tak berapa nak faham kenapa Petronas perlu dipaksa untuk membayar zakat daripada perolehannya yang berjumlah beratus billion ringgit tersebut.
Pakatan Rakyat membantah perkara ini kerana sebaiknya Petronas tidak perlu dipaksa untuk membayar zakat, kerana nanti wang itu hanya boleh digunakan oleh orang Islam sahaja, sementara orang bukan Islam hanya telan habuk.
Seperti yang semua sedia maklum, wang zakat akan diuruskan oleh Pusat Zakat dan Baitulmal yang hanya khas untuk orang Islam.
Banyak duitnya tu, kalau ikut dari apa yang aku baca 2.5% setahun, malah ada yang terlebih ghairah kata 20% setahun!! Ini bodoh, royalti minyak yang dibayar kepada negeri-negeri pengeluar minyak di negara ini pun tidak sebanyak itu..
Selain itu, turut dipertikaikan keupayaan orang Islam (majoriti Melayu) menguruskan wang yang bertimbun-timbun itu nanti (sekiranya Petronas membayar zakat). Aku tak rasa mereka mampu dan diakhirnya wang itu sama ada diuruskan secara salah atau tidak bergerak langsung.
Jadi kepada yang kononnya penyokong Pakatan Rakyat ni, cuba pakai otak sikit bila buat cadangan yang seumpama ini. Memang aku faham tujuannya nak memburukkan imej Najib, tapi agak-agaklah, ingat orang bukan Islam yang akan kerugian kalau Petronas bayar zakat dari hasil pendapatannya.
Tambahan lagi, dari apa yang aku diberitahu, dalam Islam, zakat untuk hasil dari minyak ini tidak ada dalam Islam. Memang patutlah sebab pada zaman Islam bermula, mana ada teknologi yang boleh mengeluarkan minyak dari perut bumi yang wujud di dunia ini pada waktu itu.
Jadi ikut pemahaman aku, betullah keputusan Petronas tidak membayar zakat, sebab tidak ada kewajiban untuk syarikat tersebut melakukannya.
Kalau diwajibkan kerajaan seperti mana yang didesak banyak pihak dalam Pakatan Rakyat sekarang, aku tak nampak masalah untuk Petronas membayarnya. Masalahnya itulah, wang itu hanya boleh digunakan oleh orang Islam sahaja sedangkan Petronas adalah syarikat milih rakyat Malaysia.
Tak kiralah Islam atau tidak.
Sebaiknya hasil Petronas digunakan untuk kebaikan semua rakyat Malaysia, tidak kira agama dan bangsa macam sekarang. Sesungguhnya cadangan dan desakan supaya Petronas membayar zakat ini, adalah antara paling mengarut yang aku pernah dengar.
No comments:
Post a Comment