SHAH ALAM – Sekali lagi Pas menyatakan kesediaan bermuzakarah dengan Umno, mengulangi kembali hasrat yang dahulunya tidak bernoktah.
Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Presiden menjelaskan, tujuan itu tidak lain adalah untuk melaksanakan pemerintahan Islam di negara ini, pada sesi penggulungan Muktamar Pas ke-59, Ahad lalu.
Apakah yang sebenarnya yang dimahukan Pas jika bermuzakarah dengan Umno? Adakah Pas mahukan satu perbincangan yang lebih holistik di mana persetujuan Umno untuk melaksanakan hudud?
Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Presiden menjelaskan, tujuan itu tidak lain adalah untuk melaksanakan pemerintahan Islam di negara ini, pada sesi penggulungan Muktamar Pas ke-59, Ahad lalu.
Apakah yang sebenarnya yang dimahukan Pas jika bermuzakarah dengan Umno? Adakah Pas mahukan satu perbincangan yang lebih holistik di mana persetujuan Umno untuk melaksanakan hudud?
Atau mungkin Pas mahukan sedikit ruang diberikan kepada mereka mentadbir Putrajaya? Soalan-soalan yang klise inilah sebenarnya bakal menjadi titik noktah pada pertemuan itu nanti, jika ianya benar-benar berlaku.
Ia juga tidak lari daripada persoalan mengenai ketidakadilan sistem pentadbiran kerajaan hari ini yang dianggap banyak penyelewengannya. Namun, sejauh mana isu-isu seperti rasuah, ketirisan dan ekonomi ini dapat memberi ‘mata penting’ kepada Pas.
Abdul Hadi ketika sidang media terakhir muktamar hujung minggu lalu menegaskan, Pas sudah bersedia dengan jentera terutamanya barisan ulama muda berdepan Umno. Namun, apakah hanya barisan ulama dapat menyelesaikan segala kemelut dirasakan tidak adil dalam negara terutamanya kepada pembangkang.
Bagaimana keyakinan Pas untuk menyatakan perkara ini pasti berlaku? Kesediaan seperti ini pernah dilaungkan beberapa kali. Namun apabila Mursyidul Am Pas sendiri, Datuk Abdul Aziz Nik Mat menggeleng tidak menyokong, muzakarah seperti berkubur tanpa batu nisannya. Hasrat itu terlebur sahaja.
Kini, ia kembali semula, juga hasrat daripada Abdul Hadi sendiri. Menerusi ucapan penggulungannya dalam muktamar lalu yang menyebut, ‘mari bersatu demi Islam, satu bahtera, kiblat kita, kiblat Islam dalam masyarakat majmuk.’
Dalam erti kata lain, Pas seolah-olah mencanangkan bahawa pihaknya sedia untuk bermuzakarah dengan Umno, yang pastinya bukan pertama kali, meskipun sebelum ini, beliau sendiri menegaskan Muzakarah Pas dan Umno tidak mungkin berlaku.
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Idris Haron dalam satu kenyataannya berharap muzakarah perlu dilakukan dengan mengetepikan segala sengketa demi mencari titik kebersamaan.
“Apabila berada di meja bulat, letak semua perbezaan di tepi dengan tujuan mencari persamaan sekiranya mahu hidup selamat, aman dan makmur sehingga ke anak cucu kita pada masa depan,” katanya.
Sudah pasti, dengan idea muzakarah ini, ia akan dapat dilaksanakan Pas dan Umno dalam masa terdekat. Dengan zaman serba canggih ini, mungkin kiriman ‘whatsapp’ sudah boleh berbincang janji temu. Surat hanya pelengkap acara rasmi, yang pasti pertemuan itu dahulu.
Soalnya, adakah itu sekadar retorik dan masih jauh dari kenyataannya. Entahkan jadi entahkan tidak. Sering kali dilaungkan, isu kerjasama antara dua parti Islam ini menjadi begitu klise.
Tertanya-tanya, apakah permainan dan strategi Pas, yang sebagaimana diketahui umum, Pas bukanlah dominan dalam PR berbanding PKR dan DAP. Adakah itu satu strategi Pas, lebih-lebih lagi dalam isu pelaksanaan hudud yang masih lagi tertangguh di Kelantan, muzakarah ini memungkinkan hudud bakal terlaksana.
Barangkali kerana kemerosotan sokongan pengundi Melayu, Pas dikata semakin terdesak dan perlu bekerjasama dengan Umno. Oleh demikian, Pas merasakan dalam isu ini perlunya mereka bersikap ‘hipokrit’ demi mencapai cita-cita mereka.
Jika dilihat, Umno sejak dulu hingga kini sentiasa konsisten dan terbuka dalam isu ini, sebagaimana terbukti menerima ajakan Presiden Pas yang menganjurkan Kerajaan Perpaduan selepas PRU12.
Namun apa yang terjadi sebaliknya, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat campur tangan memusing cerita dan membantah penyatuan kerjasama tersebut hinggalah akhirnya Umno pula yang dipersalahkan konon sengaja mahu memecahkan kerjasama Pas dengan DAP dan PKR.
Episod muzakarah terbaru yang masih hangat diperkatakan kini, tidak mustahil bakal mengulangi adegan sama.
Sepatutnya cukuplah sekadar memiliki keikhlasan hati dan fikiran. Jika ikhlas, mengapa perlu meletakkan pelbagai syarat, yang akhirnya menuding jari kepada pihak satu lagi, yang dikatakan sebagai helah politik Umno dan tidak ikhlas dalam memperjuangkan Islam di negara ini.
Muzakarah dituntut oleh agama Islam dan sepatutnya adalah untuk kebaikan semua pihak dengan niat yang benar-benar ikhlas.
Enggan sejarah kembali berulang, kepimpinan Umno pastinya akan lebih berwaspada agar tidak terperangkap dengan drama, yang plot cerita dan kesudahannya sudah diketahui.
Jika Pas benar-benar komited, tunjukkan keikhlasan itu. Jika dulu hasrat itu tertangguh, mengapa tidak langkah pertama diambil dengan pertemuan diatur.
No comments:
Post a Comment