Monday, November 4, 2013

PRK Sungai Limau: Kemenangan PAS Bukti Mahfuz Layak Jadi Presiden PAS




Akhirnya kebimbangan aku reda apabila dimaklumkan PAS sebenarnya menang di Sungai Limau dengan majoriti 1,083 undi.  Ternyata maklumat tidak rasmi yang mengatakan PAS kalah itu hanyalah maklumat separuh masak.

Rephrase - tidak masak langsung.

Sumpah aku taknak guna sumber berkenaan lagi, memang tak boleh pakai.  Tapi masa PRK Kuala Besut dulu, dia yang banyak salur maklumat tepat pada blog ini.


Mungkin ada yang dah berubah agakanya.

Apa pun, kemenangan ini membuktikan Pengarah Pilihanraya PAS, Datuk Mahfuz Omar sememangnya seorang yang boleh diharap untuk melaksanakan tugas yang berat untuk PAS.

Benar, pemilihan kali ini adalah tugas yang berat untuk Mahfuz, ini boleh dilihat bila PAS gagal mempertahankan majoriti undi yang dimenangi dalam PRU13 yang dulu iaitu sebanyak 2,774 undi seperti diperolehi Allahyarham Tan Sri Azizan Razak.

Tidak ramai yang berani bertaruh PAS mampu mempertahankan kerusi ini dan kejayaan Mahfuz menguruskan kempen di Sungai Limau sehingga PAS berjaya juga menang (walaupun dengan majoriti yang teruk merosot), masih satu kejayaan yang patut dibanggakan.


Maka itu aku beranggapan sampailah masanya untuk Mahfuz naik 2 takuk lagi dalam hieraki kepimpinan PAS, iaitu dengan menjadi Presiden pula dengan kejayaannya dalam kempen pilihanraya kecil ini.

Walaupun proses penamaan calon untuk jawatan tersebut telah ditutup dengan hanya satu pencalonan diterima iaitu dari Datuk Seri Abd Hadi Awang, tapi tidak bermaksud peluang Mahfuz untuk bertanding jawatan Presiden telah tertutup rapat.

Perlembagaan PAS membenarkan Majlis Syura Ulama yang diketahui Mursyidul Amnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat untuk masuk campur dalam keputusan Jawatankuasa Pemilihan, jika Mahfuz berjaya menyakinkan jawatankuasa tersebut bahawa beliau mempunyai justifikasi kukuh untuk bertanding jawatan tersebut.

Aku rasa, dengan kemenangan PAS di Sungai Limau, tidak ada sebab kenapa Majlis Syura Ulama nak menolak pencalonan Mahfuz kerana terbukti beliau memang boleh menjalankan tugas penting untuk PAS.

Semoga Mahfuz diberi peluang untuk bertanding jawatan Presiden bagi membuktikan kemampuannya untuk memimpin parti sebesar PAS.

Apa pun, tidak terlambat rasanya untuk aku mengucapkan tahniah kepada YB Mohd Azam Samad atas kemenangan bergaya ini.  Tidak mengapalah kalau majoriti turun, yang penting menang.

No comments: