Monday, November 4, 2013

PRK Sungai Limau: Mengejutkan, PAS Kalah 71 Undi?

Sumber tidak rasmi dari markas besar Pakatan Rakyat Sungai Limau memaklumkan kepada aku bahawa PAS akan kalah dengan majoriti tipis sebanyak 71 undi kepada BN!!

Ini merupakan satu berita yang mengejutkan kerana maklumat terakhir malam tadi menunjukkan PAS akan menang paling kurang dengan majoriti 1,200 undi.

Aku difahamkan antara punca kekalahan PAS ialah pengundi cina yang tidak keluar mengundi.  Dikatakan hanya 30% sahaja dari lebih 1,800 pengundi cina di Sungai Limau yang turun mengundi pada hari ini.

Bakinya tidak dapat dipastikan punca kemana menghilang.

Selain itu ada juga dakwaan berlaku undi protes dan pengundi luar yang enggan balik mengundi kerana yakin PAS akan menang.

Pun begitu, aku suka nak memaklumkan sekali lagi, berita ini hanyalah perkiraan tidak rasmi dari 17 peti undi yang telah dikira sebaik pusat pengundian ditutup pada jam 5 petang tadi. 

Segalanya bergantung kepada keputusan rasmi yang bakal diumumkan Pengurus Pilihanraya malam nanti.

No comments: