Sunday, November 24, 2013

Wakil Sabah, Sarawak isi jawatan Naib Presiden PKR

  • Wan Azizah Wan IsmailWan Azizah Wan Ismail
 1 / 1 
SHAH ALAM - [Dikemaskini] PKR mengumumkan akan melantik seorang wakil negeri Sabah dan Sarawak mengisi jawatan naib presiden parti.

Presidennya, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail berkata, perkara itu akan digubal secara rasmi hari ini.

"Selepas menyambut kemerdekaan yang ke-55, PKR, Pas dan DAP telah melancarkan 'Deklarasi Kuching' yang mana kita telah setuju untuk memasukkan perkara ini dalam perlembagaan yang bakal diluluskan.


"PKR tetap dengan pendirian yang mahukan autonomi diberikan kepada negeri Sabah dan Sarawak.

"Kita juga mahu struktur organisasi parti lebih inklusif untuk menggalakkan partisipasi terus oleh ahli dua negeri itu, sekaligus tiga orang naib presiden yang dilantik mestilah sekurang-kurangnya satu daripada mereka adalah dari Sabah atau Sarawak," katanya ketika ucapan Perasmian Presiden PKR, pada Konvensyen Nasional PKR, di sini, hari ini.

Pada sambutan Hari Malaysia di Kuching ke-49 tahun lalu, PR melancarkan Perisytiharan Kuching yang merangkumi tujuh perkara.

Antara lain ia menegaskan semula bahawa royalti minyak bagi Sabah dan Sarawak akan dinaikkan daripada lima peratus kepada 20 peratus dan mengembalikan kuasa autonomi kepada kedua-dua negeri itu.

Sementara itu, menurut Wan Azizah, perkara itu juga termaktub di dalam pindaan perlembagaan fasal 21.7 serta fasal 24.3.

"Fasal 24.3 ada nyatakan Pengerusi Majlis Pimpinan Sabah dan Sarawak juga akan secara langsung menjadi ahli Biro Politik.

"Jadi kelangsungan keputusan dan ehwal negeri Sabah dan Sarawak akan terus didengari oleh pimpinan tertinggi parti," katanya lagi.

No comments: