Walaupun Kazim Alias dikhabarkan telah menolak tawaran perlantikan sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang dihulur Najib Tun Razak, itu bukan bermaksud UMNO akan menghentikan kerja-kerja menguatkan pengaruh golongan ulama dalam parti tersebut.
Ada maklumat mengatakan, Kazim, walaupun tidak menjadi MT UMNO, tapi dia akan bertindak sebagai ahli (atau Pengerusi) kepada satu Majlis Penasihat Presiden UMNO yang akan ditubuhkan kelak, khusus untuk melihat aspek bagaimana nak menggunakan platform agama untuk menerapkan propaganda UMNO.
Semua ini hanya membuktikan satu perkara sahaja, UMNO sudah menggunakan pendekatan untuk memperalatkan agamawan dalam parti tersebut untuk kepentingan politik - pendekatan yang dulu mereka juga tolak.
Berlandaskan kepada maklumat ini, Pakatan Rakyat ingin memberikan amaran kepada semua Jawatankuasa Surau dan Masjid di seluruh negara, agar berhati-hati dengan pendekatan terbaru UMNO memperalatkan masjid dan surau untuk menyebarkan fahaman songsang parti tersebut.
Pakatan Rakyat difahamkan, teknik yang akan digunakan, adalah teknik sama yang pernah PAS guna satu masa dulu untuk mempengaruhi anak muda melalui surau dan masjid.
Caranya, dengan menghantar agamawan-agamawan parti tersebut berceramah di masjid dan surau, dengan tujuan mempengaruhi anak muda supaya menerima segala kenaikan kos hidup yang disebabkan kegagalan kerajaan mengurus negara dengan baik ini, sebagai ketentuan tuhan.
Sudah tentu bila nama tuhan digunakan, tidak akan ada siapa yang berani nak mempersoalkan Tuhan dan hasilnya UMNO akan terus bermaharajalela menekan rakyat dengan kenaikan kos sara hidup ke tahap yang tidak mampu ditampung rakyat.
Ini yang Pakatan Rakyat bimbangkan.
Walaupun kita tahu anak muda Melayu hari ini hanya menjadikan surau dan masjid tempat melakukan upacara sembahyang Jumaat sahaja, tapi itu bukan alasan untuk memandang rendah pendekatan baru yang akan dilaksanakan UMNO nanti.
Oleh yang demikian, di negeri-negeri yang Pakatan Rakyat perintah, Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang, satu garis panduan baru akan dikeluarkan bagi memastikan surau dan masjid di negeri-negeri tersebut tidak dijadikan tempat UMNO menyebarkan fahamannya.
Pakatan Rakyat yakin, dengan garis panduan baru ini akan menyukarkan UMNO untuk menyebarkan dakyah mereka, tapi kita lebih bimbang dengan negeri-negeri yang dikawal BN sepenuhnya kerana jumlah mereka jauh lebih ramai.
Cara yang lebih baik ialah untuk semua pihak mengambil langkah berjaga-jaga. Jangan sebarangan membenarkan sesiapa yang mendakwa sebagai penceramah, datang mengajar di kawasan kita. Mesti ada pemeriksaan latar belakang terlebih dahulu.
No comments:
Post a Comment