Wednesday, December 4, 2013

Keputusan Chua Soi Lek Tak Pertahan Jawatan Presiden MCA, Rugikan PR

Selain soal-soal berkaitan menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu dalam perlembagaan, peralihan sokongan besar masyarakat cina terhadap Pakatan Rakyat, telah disumbangkan oleh kelemahan parti yang mewakili kaum itu dalam BN, MCA.

Perlantikan bekas Menteri yang mengaku terlibat dengan skandal seks, telah memburukkan lagi tahap sokongan orang cina terhadap BN.  Soi Lek ternyata hanya hebat di ranjang, tapi gagal meneruskan kehebatan tersebut semasa memimpin MCA.

Sejak mengambil alih pada 2009, Soi Lek semakin membawa orang cina menjauhi BN, bukan mendekatinya.  Dalam PRU13 yang lepas, MCA hilang separuh kerusi Parlimen dari yang dimenangi parti tersebut pada 2008.


Bagaimanapun Pakatan Rakyat perlu mengakui bahawa kepimpinan Soi Lek telah membawa banyak keuntungan kepada Pakatan Rakyat, sehingga di akhirnya, Pakatan Rakyat berjaya meningkatkan sokongan dari orang cina berbanding 2008, dengan meninggalkan hanya 3% sokongan saja untuk BN.

Bakinya, sebanyak 97% Pakatan Rakyat sapu habis.

Tidak cukup setakat itu, kelemahan Soi Lek juga telah membolehkan Pakatan Rakyat menyusup masuk dalam media kawalan MCA seperti The Star, sehingga akhbar tersebut menjadi media Pakatan Rakyat secara tidak rasmi.

Jadi amat malang untuk Pakatan Rakyat bila Soi Lek mengambil keputusan tidak mempertahankan jawatan tersebut dan membuka jalan kepada orang lain untuk mengambil alih jawatan tersebut dalam pemilihan parti tersebut Disember ini.

Pakatan Rakyat perlu buat sesuatu agar Soi Lek membatalkan keputusan tersebut dan terus mempertahankan jawatannya sebagai Presiden MCA.

Aku tak tahu macam mana nak dibuat perkara itu, tapi pasti ada jalan yang mungkin tak terdedah kepada kita semua .


Ini penting, kerana kelemahan Soi Lek sebagai Presiden MCA terbukti telah memberi banyak kelebihan kepada Pakatan Rakyat.  Jika orang lain mengambil alih, aku bimbang MCA akan menjadi bertambah kuat berbanding dulu dan ini tak seharusnya dibenarkan.   

No comments: