SEGERA!!
Sumber dari seorang bekas pemimpin kanan PAS yang sekarang dipinggirkan parti tersebut memaklumkan kepada blog ini bahawa Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Abd Hadi Awang tahu tentang penglibatan Haji Mohamad Sabu (Mat Sabu) dengan aktiviti syiah sejak lama dulu.
Dikatakan bekas pemimpin berkenaan bersedia tampil sebagai saksi Zahid Hamidi jika kes ini dibawa ke Mahkamah nanti. Malah disebutkan juga bahawa kegagalan Mat Sabu mengemukakan saman terhadap Zahid pun kerana bimbang peranan yang bakal dimainkan bekas pemimpin ini tadi.
Usaha memujuk pemimpin berkenaan supaya tidak menyebelahi Zahid sedang giat di jalankan dan katanya, selagi usaha ini belum berhasil, selama itulah Mat Sabu tidak akan membawa ke kes tersebut ke Mahkamah.
Persoalannya sekarang, benarkah perkara ini - Nik Aziz dan Hadi Awang sudah tahu penglibatan Mat Sabu dengan syiah dari awal?
Ini isu penting yang perlukan penjelasan segera. Perkara ini boleh jadi masalah kepada Pakatan Rakyat di kemudian hari jika dibuktikan kedua-dua pemimpin tertinggi PAS tersebut memang tahu tentang penglibatan Mat Sabu dengan syiah dari awal, tapi tidak mengambil apa-apa tindakan.
Persoalannya sekarang bukan persoalan politik, tapi kredebiliti PAS sebagai parti berwibawa akan dipersoalkan di kemudian hari. Kita semua tahu apa pendirian rasmi PAS berhubung penglibatan ahli mereka dalam kegiatan syiah - menentang, tapi rupanya ada pengecualian dalam kes Mat Sabu.
Aku harap kedua pemimpin berkenaan dapat segera menjelaskan kepada rakyat tentang perkara ini dengan segera bagi membolehkan Pakatan Rakyat menumpukan kepada isu-isu yang lebih mendesak seperti kenaikan kadar tol.
No comments:
Post a Comment