Fakta 1 - 12 dari 13 konsesi tol bandar di Malaysia berada di Selangor
Fakta 2 - 95% dari sejumlah RM 400 juta yang dibayar kerajaan Persekutuan kepada syarikat konsesi sebagai pampasan kerana tidak menaikkan tol, adalah dinikmati oleh rakyat Selangor.
Fakta 3 - Jika kadar tol bandar dinaikkan, rakyat Selangor adalah golongan yang paling terjejas dengan keputusan tersebut.
Fakta 4 - Kerajaan Selangor mempunyai sebahagian besar pegangan dalam beberapa syarikat konsesi tol di negeri tersebut melalui anak syarikat kerajaan negeri seperti KDEB, Kumpulan Perangsang dan Taliworks Corporation Berhad.
Berdasarkan semua fakta di atas, maka amat wajarlah untuk Pakatan Rakyat di Selangor membantu mengurangkan beban rakyat dengan memberikan tol percuma di negeri tersebut.
Ini boleh dilakukan melalui pegangan kerajaan negeri yang besar dalam semua syarikat konsesi terbabit (melebihi 30%). Mengikut Akta Syarikat 1965, setiap pemegang saham yang mempunyai pegangan melebihi 30% boleh melantik sekurang-kurangnya 2 ahli lembaga pengarah di dalam syarikat tersebut.
Dengan kelebihan ini, kerajaan Selangor mampu mendesak semua syarikat konsesi dimana negeri tersebut mempunyai pegangan seperti Grand Saga dan KESAS untuk memberikan tol percuma kepada semua rakyat negeri tersebut yang menggunakan lebuhraya dibawah kendalian mereka..
Atas tujuan itu, rakyat Selangor meminta jasa baik Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk masuk campur bagi membolehkan perkara tersebut dilaksanakan. Cara ini lagi bagus dari mengarahkan syarikat-syarikat tersebut menghentikan kenaikan tol tersebut.
Ini kerana, rakyat Selangor tidak yakin Menteri Besar sedia ada, Tan Sri Khalid Ibrahim mampu membuat keputusan tersebut kerana beliau diketahui seorang yang sangat kedekut dan lebih gemar melihat wang negeri disimpan dari dibelanjakan.
Hanya Anwar saja yang boleh, berdasarkan pengalaman luas beliau semasa mengetuai Kementerian Kewangan dalam kabinet Tun Mahathir Mohamad dulu.
Rakyat Selangor berharap kerajaan negeri dapat memuktamadkan perkara ini secepat mungkin, seboleh-bolehnya pada Januari 2014 yang akan datang.
Dapatlah sedikit mengurangkan beban rakyat negeri tersebut yang sengsara akibat keputusan BN menaikkan kadar tol ini
No comments:
Post a Comment