Zaman hari ini, apakah barang persekolahan yang boleh dibeli dengan wang RM 30? Itu soalan pertama, soalan kedua, ada berapa ramai pelajar sekolah di Selangor dan kenapa hanya 600 orang saja setiap DUN yang dapat baucer dibawah program "Jom Shopping Kembali Ke Sekolah"?
Selangor ada lebih 500,000 pelajar dan 600 pelajar bagi setiap DUN bermaksud, hanya 18,000 saja yang dapat baucer RM 30 ini (jumlah keseluruhan - RM 1 juta lebih sikit).
Dua soalan penting ini perlu dijawab kerajaan negeri Selangor yang terperangkap dengan penyebaran SMS palsu mengenai pemberian baucer bernilai RM 200 untuk pelajar sekolah di negeri tersebut baru-baru ini.
Aku tak kisahkan dengan penyebaran SMS palsu tu, yang aku risaukan sekarang kenapa kerajaan negeri Selangor hanya perkenalkan skim yang tidak menyeluruh dan hanya menguntungkan segelintir kecil orang, itupun RM 30 sahaja?
Baik tak payah bagi.
Aku tak buat cerita, tapi aku petik kenyataan ini dari Exco Pendidikan Selangor, Dr. Halimah Ali sendiri yang berkata:
“Kita juga tidak pernah membuat pengumuman rasmi pemberian baucar RM200, sebaliknya hanya memberi baucar RM30 untuk keluarga berpendapatan rendah untuk membeli kasut sekolah anak-anak di kedai Bata,” katanya.
RM 30 satu hal, beli di kedai Bata saja pula tu, mana ada budak sekolah pakai kasut jenama Bata lagi dah? Dan cakap pasal sekolah, bukan kasut saja, baju, beg, seluar taknak kira?
Selangor adalah kerajaan negeri yang paling kaya di Malaysia sekarang ini. Dengan rizab berjumlah RM 2.7 billion (belum ditolak RM 430 juta yang bakal digunakan untuk membiayai beberapa projek), aku tidak nampak masalah untuk kerajaan negeri memberi baucer kepada semua pelajar-pelajar sekolah di negeri tersebut.
BN boleh buat (beri wang RM 100) untuk lebih 5 juta pelajar sekolah di Malaysia, kenapa kerajaan Selangor tidak boleh? Bukan sampai sejuta pun pelajar sekolah di negeri tersebut yang nak melompat sangat?
Kalau jumlah itu dikecilkan kepada ibu bapa yang jadi pengundi di Selangor, sudah tentu jumlahnya jauh lebih sikit.
Lagipun, aku difahamkan kerajaan negeri ada cukup banyak duit sekarang.
Dari segi jumlah kutipan cukai pintu yang dinaikkan baru-baru ini sebanyak 120%, caj pemajuan sebanyak 30% bagi setiap rumah yang dibina di Selangor dan sebagainya, semua ini telah menambahkan hasil kerajaan negeri.
Selain itu, sebahagian besar peruntukkan dibawah MARRIS dari kerajaan pusat untuk menampung kos penyelenggaraan jalan di Selangor, tidak dibelanjakan untuk tujuan tersebut, semua ini turut menambahkan lagi wang kerajaan Selangor.
Duit banyak-banyak itu disimpan buat apa, belanjakanlah untuk kesejahteraan rakyat? Kalau tak RM 200 untuk menandingi BN pun, RM 100 atau RM 50 pun cukup, tapi berilah kepada semua orang, bukan setakat 600 orang bagi setiap DUN seperti sekarang.
No comments:
Post a Comment