Sebaik pasukan bolasepak Malaysia kalah kepada Indonesia di Sukan SEA Myanmar semalam, orang yang paling senang hati sudah tentulah Menteri Belia & Sukan, Khairy Jamaludin.
Ada maklumat menyebut, dia bersorak girang bila pemain Indonesia, Yohanes Makbul menyempurnakan sepakan penalti terakhir pasukan Indonesia.
Umum tahu yang Khairy memang mintak sangat Malaysia kalah bolasepak ni, senang sikit dia nak campur tangan dengan menubuhkan "FAM ke 2" - yang menggunakan nama Jawatankuasa Pembangunan Bola Sepak Negara (JPBN).
Kekalahan ini akan dijadikan sebab oleh Khairy untuk mendakwa memang berlaku kelemahan dalam FAM dan maka itu dia perlu masuk campur. Walhal, sebelum dia jadi Menteri, elok saja sukan bolasepak negara kita, sejak dia jadi Menteri ni saja masalah.
Sekarang, campur tangan Khairy dalam urusan bolasepak sudah mula menampakkan kesan. Kekalahan pasukan bolasepak di Sukan SEA semalam itu adalah tanda keruntuhan yang pertama.
Khabarnya dia mengganggu urusan latihan pemain dengan menghalang mana-mana stadium dibawah kendalian Kementerian Belia & Sukan (KBS) digunakan untuk latihan pasukan negara. Sehinggakan pemain terpaksa berlatih di padang Wisma FAM saja yang serba kekurangan sebagai persiapan ke Myanmar.
Maklumat ini disampai sendiri kepada Pakatan Rakyat oleh seorang kakitangan Majlis Perbandaran Shah Alam (MBSA) yang mengendalikan Stadium Shah Alam.
Akibat keadaan padang yang teruk ini, 7 pemain utama pasukan kebangsaam gagal dibawa ke Myanmar kerana mengalami kecederaan.
Nasib baik keadaan padang di Myanmar, lebih kurang serupa saja dari segi keadaannya dengan padang Wisma FAM - serba kekurangan juga. Dapatlah pasukan bolasepak negara melangkah ke peringkat separuh akhir sebelum kalah melalui penentuan sepakan penalti di tangan Indonesia.
Ini semua 'jasa' Khairy Jamaludin kalau ada yang tidak tahu. Dia memang tahu skuad negara akan kalah sebab dialah punca sebenar kekalahan itu dengan mensabotaj persiapan pasukan.
Yang penting rakyat perlu tahu, kekalahan pasukan bolasepak negara ini adalah berpunca dari UMNO dan Menteri UMNO. Campur tangan keterlaluan pemimpin UMNO telah menyebabkan kita gagal mempertahankan Emas bolasepak Sukan SEA buat kali ketiga berturut-turut.
UMNO memang celaka dan seharusnyalah Khairy meletakkan jawatan kerana bertanggungjawab atas kekalahan ini.
Siapa suruh kau masuk campur dalam FAM?
Siapa suruh kau masuk campur dalam FAM?
No comments:
Post a Comment