Monday, December 30, 2013

Demo Usir Taib Dari Sarawak, Kenapa CheguBard Tidak Muncul?

Semalam sepatutnya ada demonstrasi yang bertujuan untuk mengusir Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud dari negeri tersebut yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat bersama-saman NGO pimpinan CheguBard, SAMM.

Malangnya, aku difahamkan demonstrasi itu dibatalkan pada saat-saat akhir, dengan CheguBard sendiri pun tidak nampak batang hidungnya walaupun tidak dilarang dari masuk ke Sarawak seperti mana yang dibimbangi beberapa pihak sebelumnya.

Persoalan aku, kenapa boleh jadi macam itu?

Apakah masalah yang menghalang CheguBard dari turut serta dalam demo tersebut?  Jika ada ugutan atau ancaman dari mana-mana pihak, kenapa tidak dilaporkan saja kepada pihak polis?

Dalam pada itu, kegagalan CheguBard meneruskan himpunan tersebut telah memberikan impak yang kurang baik kepada Pakatan Rakyat, seolah-olahnya Pakatan Rakyat takut dengan Taib yang telah memerintah Sarawak buat sekian lama.

Malah di blog-blog pro Taib, kegagalan ini dijadikan bahan ketawa oleh mereka kerana katanya CheguBard datang Sarawak, terlupa bawa 'telur'  Seolah-olah Taib Mahmud ini ada hantu yang menjaganya sehingga CheguBard dan kumpulannya hanya berani duduk di rumah penginapan sahaja.

Hantu mana yang menakutkan tu, aku kurang pasti sikit.  Tapi yang nyata, demonstrasi yang sepatutnya diadakan di depan rumah Taib semalam oleh CheguBard dan kumpulannya, tidak menjadi kenyataan seperti mana dalam perancangan.

Sementara itu, wang rakyat yang digunakan untuk menampung perjalanan dan perbelanjaan CheguBard dan kumpulannya  sepanjang berada di negeri tersebut, telah pun mengalir keluar, tanpa hasil seperti yang diharap-harapkan.

Untuk ini, aku rasa kecewa sangatlah kerana hasrat rakyat nak melihat segala penyelewengan Taib sepanjang menjadi Ketua Menteri Sarawak didedahkan kepada umum, tidak menjadi kenyataan.

Kekecawaan ini bukan dirasakan oleh rakyat Sarawak saja, tapi juga seluruh rakyat Malaysia.  Dari  gembar gembur berhubung isu ini, bukan main lagi bunyinya, tapi bila sampai waktu, habuk pun takde.

CheguBard perlu menjawab hal ini atau jika gagal, lepaskan saja SAMM itu kepada orang lain untuk memimpinnya.

No comments: