Monday, December 30, 2013

Gambar Gay: Anwar Perlu Saman Twitter

Tindakan cybertroopers UMNO menggodam akaun Twitter milik Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan meletakkan gambar lucah aksi antara 2 lelaki gay, amatlah berniat jahat dan bertujuan merendahkan imej bakal Perdana Menteri Malaysia tersebut.

Dalam masa yang sama kecekapan pasukan IT Anwar mengambil alih semula akaun yang telah digodam dalam jangka masa yang singkat juga perlu dipuji walaupun profesionalisme mereka masih perlu dipersoalkan kerana gagal menghalang akaun tersebut dari digodam sebelum itu.

Isu itu sedang menjadi perdebatan hangat sekarang sama ada akaun tersebut benar-benar digodam atau tidak, tapi bila Anwar dah kata digodam, kita semua wajib percaya ia telah digodam dengan tidak ada apa-apa perbahasan lagi.


Bagi mengelakkan insiden yang sama berulang, Anwar perlu mengemukakan saman terhadap syarikat pengendali Twitter ini kerana gagal mengemaskini sistem keselamatan mereka sehingga akaun pengguna mudah digodam oleh pihak berkepentingan.

Anwar mempunyai 2 pejabat berdaftar di atas namanya di Amerika Syarikat dan mana-mana pejabat ini boleh mengemukakan saman tersebut terhadap Twitter.

Saman ini perlu disegerakan kerana aku melihat lebih banyak kejadian sama akan berulang jika isu ini tidak ditangani sekarang.  Sebagai seorang pengguna aktif Twitter untuk berhubung dengan rakyat, amat penting tahap keselamatan akaun Anwar tersebut sentiasa berada pada tahap tertinggi dan tidak mudah digodam oleh sesiapa.

Atau jika kemudiannya dikenalpasti bahawa kejadian ini berlaku kerana kecuaian kakitangan pejabat Ketua Pembangkang yang mengendalikan akaun tersebut, maka satu tindakan keras perlu diambil ke atas kakitangan terbabit.

Bila sebut tentang tindakan keras, aku tak merujuk kepada pembuangan kerja semata-mata, itu kelihatannya terlalu ringan, perlu ada tindakan yang jauh lebih tegas lagi - saman beratus juta ringgit contohnya.

Pun begitu, tindakan saman ke atas Twitter itu jauh lebih penting kerana ia akan menunjukkan bahawa Anwar tidak main-main dengan mana-mana pihak yang cuba menjatuhkan karier politiknya.  

Lagipun, dalam kunjungannya ke Amerika Syarikat beberapa bulan lepas, Najib Tun Razak ada mengunjungi ibu pejabat Twitter, entah apa yang dibincangkan disitu, mungkin nak menghuru harakan akaun Anwar.

Siapa tahu, tak mustahil jadi ni.

No comments: