Tuesday, December 31, 2013

Guan Eng Perlu Pakai Merc Demi Keselamatan

Entah mana silapnya, UMNO cemburu pula dengan keputusan kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang membelikan sebuah kereta mewah Mercedez S300 untuk kegunaan rasmi Ketua Menterinya, Lim Guan Eng.

Sepanjang malam tadi perkara tersebut menjadi isu dan diselang selikan dengan kenyataan Pejabat Perdana Menteri malam semalam berhubung penjimatan kerajaan.

Kononnya nak tunjuklah dia (BN) sedang menjimatkan wang rakyat dan kita (Pakatan Rakyat) sedang membazirkan wang rakyat.

Ini adalah satu fahaman yang bodoh.  

Tidakkah UMNO tahu bahawa Guan Eng perlu menggunakan kereta mewah tersebut atas tujuan keselamatan kerana jika semua masih ingat, kereta rasmi yang digunakan Guan Eng sebelum ini pernah diserang oleh penduduk yang tidak berpuas hati atas beberapa isu.

Ketua Menteri Pulau Pinang sebelum ini guna Mercedez juga selama 18 tahun, tak pula UMNO bising, kenapa Guan Eng baru nak guna Mercedez sekarang, UMNO nak bising?

Kenderaan Toyota Camry yang digunakan Guan Eng sebelum ini memang terbukti dari segi prestasi, tapi dari segi keselamatan, tidak setaraf dengan Mercedez S300 yang baru dibeli kerajaan Pulau Pinang sekarang.

Soal baru digunakan selama 2 bulan itu cerita lain, yang penting, rakyat Pulau Pinang pun tak kecoh - melihat kepada ketiadaan sebarang demonstrasi yang diadakan untuk membantah pembelian kenderaan mewah tersebut, yang UMNO pula melebih-lebih tu kenapa?

Sedarlah, UMNO hanya pembangkang di Pulau Pinang dan dengan itu tidak layak untuk bersuara tentang keputusan rasmi yang diluluskan oleh Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang sendiri.  

Berdasarkan prestasi dalam PRU13 yang lepas, ternyata UMNO bukan tandingan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang dan dengan itu tidak layak untuk bersuara.

Jadi lebih baik diam.

No comments: