Tuesday, December 31, 2013

Live Update Himpunan TURUN

12.46 - Malangnya, tujuan perhimpunan untuk menggulingkan kerajaan gagal.  Setakat ini aku dimaklumkan, seorang artis dan seorang anggota polis cedera terkena objek keras yang dibaling oleh orang yang tidak dikenali.

12:45 - Himpunan berakhir aman, perbincangan antara pimpinan Pakatan Rakyat dengan pihak polis bersetuju untuk bersurai pada jam 1 pagi.  Malangnya tidak ada persembahan bunga api seperti mana biasa di Dataran Merdeka.

11:45PM - Ada laporan pertunjukkan bunga api yang sepatutnya berjalan malam ini tidak akan dilangsungkan.  Semua sekatan sudah dibuka, tiada alasan untuk merempuh, Dataran Merdeka dikuasai sepenuhnya peserta himpunan.  Terdapat pertengkaran kecil antara orang awam dengan peserta himpunan.




11:35PM - Peserta himpunan rampas pentas utama, konsert terhenti serta merta, semua keluarga dah keluar dari Dataran Merdeka, serangan pasukan keselamatan dijangka pada bila-bila masa.




11:24PM - Celaka, demonstrator lebih seronok berhibur dengar konsert dari memperjuangkan kos sara hidup.  Padang Dataran Merdeka tak penuh, mana peserta himpunan yang ramai-ramai tadi?



11:13PM - Peserta himpunan masuk ke kawasan Dataran Merdeka tanpa sekatan dari pihak polis.  Dah bercampur antara orang yang datang tengok konsert sampai tak boleh nak bezakan.  CheguBard pun terpaksa menjerit semasa bercakap, bunyi bising konsert.





11:01PM - Rempuhan masih belum berlaku.

10:50PM - Rempuhan besar-besaran akan berlaku pada jam 11 malam.  Perempuan tua dan anak kecil diminta keluar dari Dataran sekarang untuk mengelakkan keganasan polis dan pemedih mata.




10:20PM - Harakah bodoh tahap gaban, ini bukan gambar dekat Dataran.  Sepanjang aku kat sini, tak nampak siapa pun pakai ketayap, macam mana dalam gambar ni semua orang pakai ketayap?  Bodoh!!

10:10:PM - Bodoh punya AMK Johor.  Gambar ini kalau dapat pada BN mampuslah dijadikan alasan himpunan ini memang dinaungi parti politik,  Aku rasa dah banyak kali diingatkan jangan ditunjukkan penglibatan parti politik, tapi degil


10:05PM - Kumpulan besar antara 30,000 ke 40,000 orang mula bergerak ke Dataran DBKL dari Sogo dan beberapa lokasi lain







9:37PM - CheguBard mula kelihatan, pemimpin utama Pakatan Rakyat yang lain masih tidak nampak muka




9:30PM - Jumlah peserta sudah meningkat sekitar 30,000 orang dalam jangka masa singkat. Angka ini disahkan oleh MalaysiaKini







9:22PM - Depan Dataran DBKL sudah lebih 1,500-2,000 orang tapi masih jauh dari sasaran setengah juta orang.






9:10PM - Gambar sekitar Masjid Jamek.  Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah sah tidak akan turun.  Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu (Mat Sabu) dikatakan akan memimpin mahasiswa ke Dataran Merdeka.

Ada pergerakan besar kumpulan baju hitam dari Dataran Merdeka ke bangunan DBKL.





9:00PM - Kumpulan dari Sogo sudah mula nak berarak ke Dataran Merdeka.  Kelihatan pemimpin-pemimpin pelajar sedang memberi ucapan semangat dan mengajak orang ramai untuk turut serta.



8:50PM - Laungan REFORMASI di Sogo oleh lebih kurang 300 orang peserta himpunan.  Kanak-kanak turut memberi sokongan terhadap himpunan TURUN





8:40PM - Tak dapat aku nak bezakan yang mana peserta himpunan dan yang mana orang ramai datang nak tengok konsert.




8:30PM - Depan Central Market masih lengang, ikut perancangan sepatutnya sudah lebih 2,000 orang berada disini malam ini.

Banyak trak polis sudah masuk Dataran Merdeka, pihak DBKL sudah meletakkan penghalang (barricade) di sekitar Dataran Merdeka.





8:25PM - Kumpulan peserta di Sogo (yang teramai setakat ini)



8:20PM - Sah!! Pengerusi TURUN Azan Safar ditahan dan dikepung di UKM.  Mohon sesiapa yang berdekatan datang membantu.


8:15PM - Jumlah peserta sudah ramai di Sogo, sekitar 500-600 orang, lokasi-lokasi lain masih "sunyi".




7:55PM - Seorang pun pemimpin Pakatan Rakyat masih tidak kelihatan. 10 orang peserta memakai topeng Guy Fawkes mula kelihatan di Bukit Bintang, anggaran 10 orang peserta di Masjid Negara.

7:50PM - Dataran Merdeka masih kosong, mana pergi semua peserta?  Penonton mula memenuhi Dataran Merdeka untuk menyaksikan konsert.  Pengerusi TURUN, Azan Safar masih tidak nampak bayang, mungkinkah ditangkap polis?





7.40PM - Jualan baju Spiderman dan Bersih dan gambar sekitar Dataran Merdeka (masih kosong).









7:30PM - Dijangka 7,00 orang telah berada di Sogo dan dataran DBKL






7:20PM - Kumpulan besar sudah mula turun di depan Sogo tapi kelihatan kurang teratur (pandangan dari udara turut dimasukkan).  Lokasi-lokasi lain masih tidak ada peserta.





7:05PM - Arahan kepada semua peserta himpunan untuk menukar baju hitam dan putih bagi mengelakkan provokasi pihak polis





7:00PM - Hanya kelihatan 4 mahasiswa berada di Sogo


No comments: