Isteri Najib Tun Razak, Rosmah Mansor sehari dua ini memang tengah jadi 'puaka' di Internet. Semuanya gara-gara video dia menari tarian Hindi yang mula menjadi viral sejak beberapa hari lepas di Youtube walaupun video tersebut dah dimuat turun sejak setahun lepas.
Akibat dari itu, penyebaran video tersebut telah menyebabkan mood rakyat teralih sekejap dari hal-hal yang lebih penting seperti perlaksanaan Goods, Services Tax (GST) tahun 2015 nanti.
Dalam keadaaan rakyat hanya mencari satu atau dua sebab kenapa nak terus membenci UMNO, video Rosmah itu sahaja sudah cukup kuat untuk meneruskan kebencian mereka terhadap UMNO.
Sebelum ini, rancangan kerajaan untuk menaikkan tol di 13 buah lebuhraya berkuatkuasa tahun depan, cukai pintu DBKL dan sebagainya telah cukup membuat rakyat meluat kepada UMNO.
Jadi jangan pelik kenapa himpunan GST di Kg Baru itu hanya dihadiri kurang 400 orang sahaja, disebalik kehadiran semua pemimpin utama Pakatan Rakyat diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Datuk Seri Abd Hadi Awang.
Himpunan itu gagal menarik sokongan kerana rakyat sudah ada cukup banyak sebab untuk membenci UMNO, disamping musim cuti sekolah dimana rakyat mengambil peluang nak merehatkan fikiran mereka dari kerjaya, politik dan sebagainya.
Lagipun GST belum dilaksanakan dan kesan dari perlaksanaan sistem cukai yang zalim itu belum dirasai rakyat.
Nanti bila GST dah berkuatkuasa, dan pada masa itu duit dalam kocek masing-masing semakin kempis, masa itulah baru semua orang akan beri perhatian kepada isu GST ini dan kempen awal yang dimulakan Pakatan Rakyat sekarang, akan mula dapat sambutan.
Maka itu, janganlah ada yang sesekali melabel Pakatan Rakyat dan Anwar gagal hanya kerana himpunan pada Jumaat itu tidak mendapat sambutan.
Aku tahu, memang ramai yang kecewa dengan jumlah kehadiran pada malam tersebut, tapi kita perlu ingat bahawa center of attention pada malam itu ialah Rafizi Ramli, bukan Anwar.
Malam itu, Anwar dan pimpinan Pakatan Rakyat yang lain hanya hadir untuk menunjukkan sokongan pada gerakan anti GST yang dipimpin Rafizi.
Pendek kata, kalau orang tak datang beramai-ramai seperti selalu, itu bukan disebabkan Anwar tapi mungkin kerana mereka tidak sukakan Rafizi.
Rafizi ini tahu sajalah, sejak menang sebagai Ahli Parlimen Pandan, dah kurang menonjol, tak macam dulu. Dia asyik fikirkan nasibnya selepas dipenjarakan kelak kerana terbabit mendedahkan penyata akaun NFC.
Pejuang apa macam ini kalau takut masuk penjara?
No comments:
Post a Comment