Tuesday, December 24, 2013

Gereja Sudah Bersedia Terima Tetamu Bersih 4

Untuk makluman semua, 10 buah gereja di sekitar Kuala Lumpur yang menjadi tempat berkumpul peserta himpunan Bersih 4 (Himpunan Turun Kos Sara Hidup) pada 31 Disember nanti, telah bersiap sedia sepenuhnya untuk menerima semua tetamu yang bakal hadir.

Segala persiapan, dari tempat berkumpul sehingga kepada jamuan makan dan minum juga telah selesai di atur, hanya menanti kedatangan peserta sahaja pada malam tersebut.

Malah, jika ada yang tidak diingin berlaku dengan pihak berkuasa sepanjang himpunan tersebut berlangsung nanti, para peserta himpunan boleh menggunakan semua gereja ini sebagai tempat berlindung dari tindakan keras pihak berkuasa yang ditugaskan UMNO untuk menghentikan himpunan tersebut.

Keselamatan para peserta himpunan akan terjamin sekiranya berlindung di dalam gereja kerana mengikut undang-undang, polis pun tidak mempunyai kuasa untuk merempuh masuk, apatah lagi melemparkan gas pemedih mata ke dalam kawasan rumah ibadat.

Atas semua kerjasama ini, Pakatan Rakyat ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pentadbir gereja yang terlibat kerana membantu persiapan himpunan tersebut nanti.

Walaupun ada suara-suara sumbang yang menuduh pihak gereja diperalatkan untuk tujuan politik, tapi semua orang faham dengan tekanan yang dialami Pakatan Rakyat untuk menggunakan tempat-tempat awam bagi memulakan perarakan dengan selamat.

Seboleh-bolehnya Pakatan Rakyat tidak mahu menggunakan gereja, tapi kita tidak ada pilihan lain yang lebih selamat untuk menempatkan para peserta himpunan pada malam tersebut.

Jika diteruskan juga dengan rancangan berkumpul di tempat-tempat biasa yang lain, Pakatan Rakyat bimbang perhimpunan tersebut akan gagal sebelum bermula pun kerana dikhabarkan pihak polis menerima tekanan dari UMNO untuk menyiasat himpunan itu dibawah SOSMA, bukan Akta Perhimpunan Aman yang lebih ringan hukumannya.

Dengan kuasa dibawah SOSMA, pihak polis boleh menangkap para peserta himpunan tanpa terlebih dahulu memberikan amaran bersurai seperti yang diperuntukkan dibawah SOSMA, ini yang menakutkan Pakatan Rakyat.

Maka itu, kerjasama yang diberikan pihak Gereja ini sangat dialu-alukan kerana kita faham risiko tinggi yang terpaksa diambil pihak gereja.

Pakatan Rakyat turut menerima tawaran dari beberapa rumah ibadat yang lain sekitar Dataran Merdeka, tapi untuk memudahkan penyelarasan, maka semua 10 gereja tersebut dipilih berikutan faktor lokasi dan strategik.

No comments: