Tuesday, December 24, 2013

Juruteknik & Juruterbang TUDM Dungu, Punca Helikopter Terhempas


Kemalangan membabitkan sebuah helikopter Nuri di Pulau Perak, Kedah kelmarin, merupakan satu tamparan hebat kepada beban kewangan yang negara terpaksa ditanggung rakyat.

Walaupun laporan media pro UMNO menyebut helikopter tersebut tidak terhempas (sebaliknya membuat pendaratan cemas) tapi dari gambar yang disebarkan, menunjukkan helikopter tersebut memang terhempas.

Mana ada helikopter buat pendaratan cemas sampai terbalik dan patah keempat-empat kipas?  Itu kira terhempaslah, bodoh betul UMNO ini.

Kelihatannya, rakyat Malaysia hari ini membayar cukai dan segala kos yang tinggi di Malaysia hanya untuk dibazirkan dengan membeli helikopter tentera baru bagi menggantikan helikopter yang terhempas.

Semuanya kerana kegagalan anggota dan pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang ditugaskan untuk menyelenggarakan dan menerbangkan pesawat berkenaan, gagal menjalankan kerja mereka dengan baik.

Kepada merekalah sepatutnya dilambakkan semua kesalahan.

Lagipun ini bukan kali pertama tahap profesionalisme juruterbang dan juruteknik TUDM dijadikan persoalan, sebelum ini pun dah banyak kali.

Antara yang paling menonjol ialah kegagalan beberapa buah bom 'pintar' (samrt bomb) yang digugurkan semasa Ops Daulat di Lahad Datu Februari lepas, meletup seperti yang sepatutnya - smart lah sangat.

Ini berbeza dengan helikopter yang diterbang dan diselenggarakan oleh Tentera Laut Diraja (TLDM).  Setakat hari ini, belum pernah kita dengar ada helikopter  TLDM yang terhempas, menunjukkan tahap kecekapan yang jauh berbeza dengan TUDM.


Nak kata helikopter TLDM tu semuanya yang baru tak juga,  Helikopter Alloute III yang masih digunakan sampai sekarang, dah berusia hampir 50 tahun!!!  Lebih tua dari Nuri pun.

Bagi yang tidak tahu, pangkalan utama TLDM terdapat di Lumut, Perak dan Lumut adalah kerusi parlimen yang diwakili oleh PKR!!


Tambah tidak sedap hati, bila ada sumber tidak rasmi yang menyampaikan kepada Pakatan Rakyat, kemalangan semalam adalah tindakan protes krew pesawat berkenaan yang tidak mendapat peluang untuk mengendalikan helikoptee TUDM yang lebih baru dan canggih, EC 725 Cougar.

Entah betul atau tidak, tak pasti, kita setakat dengar macam itu sajalah.

Tapi yang nyata helikopter itu sudah terhempas dan tidak boleh digunakan lagi, kata orang 'total loss'.  Sebuah (atau beberapa buah) helikopter baru perlu dibeli untuk menggantikan helikopter yang telah terhempas bagi menampung keperluan operasi TUDM.

Memang baru-baru ini TUDM mendapat tambahan 12 buah helikopter baru, tapi baru 4 buah sahaja yang diserahkan kepada TUDM.  Kalau semuanya dah diserahkan sekalipun, masih lagi belum cukup untuk menggantikan armada Nuri sedia ada.

TUDM masih menggunakan sekurang-kurangnya 24 buah pesawat Nuri.

Semua ini akan menekan lagi perbelanjaan negara dan yang akan menanggung kesan langsung ialah rakyat.  Entah apa lagi subsidi yang akan dirasionalisasikan oleh Najib Tun Razak untuk mencari wang bagi menampung pembelian helikopter baru itu nanti.

Adakah juruterbang dan juruteknik TUDM ambil kisah tentang semua ini?  Yang mereka tahu, buat kerja sambil lewa, bila helikopter terhempas, beli baru, lepas tu hempas lagi, beli lagi dan seterusnya.

Yang dapat komisen juga untung.


No comments: