Aku sengaja melewatkan artikel untuk hari ini kerana menantikan tindakan undang-undang yang bakal diambil Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu (Mat Sabu) ke atas Kementerian Dalam Negeri dan Menterinya, Zahid Hamidi seperti yang dijanjikan minggu lepas.
Gayanya macam bersungguh benar nak menyaman, tapi setakat artikel ini ditulis, masih tidak ada lagi apa-apa berita mengenainya walaupun KDN telah keluar kenyataan menuduh Mat Sabu sebagai Syiah sejak Khamis lepas.
Cara ini tidak betullah.
Sementara pemimpin Pakatan Rakyat lain melengahkan soal saman ini dengan mempersoalkan satu persatu bukti yang didedahkan KDN mengenai pembabitan Mat Sabu dalam syiah ini, beliau sendiri janganlah mengambil mudah dengan melewat-lewatkan saman.
Berapa lama sangat kita boleh lengah-lengahkan rakyat, sampai satu masa nanti orang akan berkata juga.
Dedah hari Khamis, Jumaat hingga Ahad para peguam dah boleh sediakan segala macam dokumen yang perlu untuk memfaillkan saman. Lagipun pada peringkat permulaan ini, bukan semua dokumen perlu diserahkan pada Mahkamah.
Hanya dokumen-dokumen penting seperti kenyataan akhbar KDN dan nota pembelaan, apa yang susah sangat?
Dengan melewat-lewatkan saman ini, Pakatan Rakyat (terutama PAS) sedang berhadapan dengan masalah kerana ia menunjukkan seolah-olah Mat Sabu memang benar penganut syiah.
Banyak kenyataan dari PAS yang menunjukkan parti itu menolak fahaman Syiah, malah akan mengambil tindakan serta merta (termasuklah memecat) ke atas ahli yang didapati terlibat dengan fahaman tersebut.
Tanpa sedar, intergriti PAS sedang dipersoalkan sekarang selagi Mat Sabu tidak mengambil tindakan undang-undang dengan segera dan keadaan seperti ini sudah tentu tidak baik untuk Pakatan Rakyat
Maka itu sebaiknyalah Mat Sabu segera melaksanakan proses undang-undang dengan menyaman KDN segera. Kemudian kalau nak tangguh, tangguhlah berapa lama pun asal saja kes tersebut dah didaftarkan di Mahkamah untuk pendengaran.
Sejarah membuktikan rakyat nak lihat saman difailkan saja, berapa lama nak dibicarakan, itu cerita lain.
No comments:
Post a Comment