Tuesday, December 17, 2013

Ladang Byram: India Penang Bukan Sampah Sarap


Pakatan Rakyat secara dasarnya menolak keputusan kerajaan negeri Pulau Pinang merobohkan rumah penduduk Ladang Byram Pulau Pinang berkuatkuasa hari ini.

Yang dipersoalkan bukanlah sangat tentang keputusan nak merobohkan rumah pekerja ladang, tapi lebih kepada tujuan perobohan itu dilakukan.

Masalahnya, kalau roboh sebab nak bina kondominium atau bangunan komersial lain macam di Kampung Buah Pala tu takpelah juga, ini roboh sebab nak bina tapak pelupusan sampah!!  Seolah-olahnya orang India di Pulau Pinang sekarang setaraf sampah.

Tak baiklah macam itu. 

Walaupun sokongan orang India terhadap Pakatan Rakyat di Pulau Pinang merosot dalam PRU13 yang lepas, tapi sumbangan masyarakat tersebut kepada perjuangan Pakatan Rakyat di tempat-tempat lain dalam Malaysia masih penting.

Lagipun sokongan orang Cina ini susah nak dijangka kerana sejarah membuktikan mereka lebih mengutamakan untung rugi berbanding dengan perjuangan politik.  Hari ini untung sokong, besok rugi tak sokong.

Justeru aku menggesalah kerajaan negeri Pulau Pinang agar membuat pertimbangan semula untuk membangunkan kawasan pelupusan sampah di tapak rumah ladang yang nak dirobohkan ini.

Buatlah cerita roboh sebab nak buat stadium ke, nak buat padang bola ke atau apa, janganlah nak buat tapak pelupusan sampah, itu nampak sangat menghina orang India di negeri tersebut.

Elok aku sebut awal-awal sebelum komponen BN yang lain macam Gerakan dan MIC mengambil kesempatan dari isu tersebut.

No comments: