Nama Rosmah Mansor ini memang cukup popular kalau dimainkan di media sosial. Popular dari segi menarik minat orang untuk beri komen, terutama yang negatif. Entah apa hantunya, tapi memang sudah jadi macam itulah sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Tapi itulah masalahnya - bila dah terlalu teruk kena hentam, ramai pula yang rasa simpati pada dia.
Statistik menunjukkan kritikan berlebihan terhadap Rosmah hanya buat rakyat meluat terhadap Pakatan Rakyat - dah kita juga yang tidak menggalakkan serangan peribadi, tapi dalam masa yang kita nak pula Rosmah kena kritik.
Sebab itu aku rasa tak sedap badan bila baca kenyataan Mahfuz Omar di muka depan Harakah minggu lepas yang mengatakan Rosmah kuasai UMNO dan kerajaan.
Ulasan Mahfuz itu bersandarkan kepada beberapa faktor antaranya, puji-pujian Najib ke atas isterinya itu sewaktu ucapan penggulungan Perhimpunan Agung UMNO dan skandal penggunaan pesawat kerajaan oleh Rosmah.
Dari satu segi, aku boleh faham tindakan Mahfuz, tapi dalam masa yang sama ini tindakan kurang bijak yang dikeluarkan oleh orang berstatus Ketua Penerangan PAS seperti Mahfuz, sampai ke satu tahap aku rasa PAS buat silap pulak bila lantik Mahfuz ke jawatan tersebut menggantikan Tuan Ibrahim Tuan Man.
Sepatutnya, Mahfuz membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kalau betul Najib menyalahgunakan kuasa dengan memberi keistimewaan kepada isterinya dalam soal visa pelajar di Mesir dan guna jet kerajaan.
Bukan setakat buat kritikan melalui Harakah begitu saja.
Mahu tidak mahu, suka tidak suka, PAS perlu terima hakikat bahawa imej Rosmah ini masih baik di kalangan Wanita di Malaysia - sehingga ke satu tahap lebih baik dari Ketua Wanita UMNO pun.
Rosmah, di sebalik macam-macam yang orang kata pasal dia, pandai ambil hati wanita dan kanak-kanak di kawasan mana yang suaminya melawat. Macam dalam bencana banjir baru-baru ni, cara Rosmah ambil hati semua mangsa terlibat dah menambat hati bukan saja orang perempuan, tapi orang lelaki juga.
Dia berlakon saja atau apa, itu kurang penting, yang penting first impression orang bila dia tunjuk belas ehsan tu, ada juga yang cair. Orang macam ini, kalau kemudian kita kata yang buruk-buruk pasal Rosmah, 2 kali mati dan hidup balik pun dia tak akan percaya.
Maklum sajalah, bukan semua orang ada Internet dan boleh baca apa yang tak baik tentang Rosmah yang Pakatan Rakyat sering promosikan..
Ini yang Mahfuz perlu ingat.
Apatah lagi sekarang, Pakatan Rakyat sedang usaha keras untuk jamin undi orang perempuan, jangan pulak Mahfuz rosakkan semua usaha tersebut dengan kritik Rosmah secara melampau, nanti backfired pada Pakatan Rakyat dan PAS semula.
No comments:
Post a Comment