Pakatan Rakyat rasa terhina dengan kurangnya sambutan yang diterima lanjutan dari rakyat lanjutan penganjuran demonstrasi membantah kenaikan cukai pintu di depan bangunan DBKL yang berakhir sebentar tadi.
Dikhabarkan, kurang 500 orang sahaja yang hadir, berbanding 500,000 pembayar cukai pintu di Kuala Lumpur yang akan menerima kesan setelah kadar cukai pintu sedia ada dinaikkan antara 100%-300% bermula Januari tahun depan.
Jumlah ini tidak boleh diterima sama sekali dan penganjur perhimpunan perlu memberi alasan kukuh kenapa tindakan disiplin tidak boleh dikenakan kepada mereka kerana gagal menghimpunkan lebih 100,000 orang penduduk Kuala Lumpur seperti yang dijanjikan sebelum ini.
Sudahlah surat bantahan yang diterima DBKL berhubung kenaikan cukai pintu ini hanya 35,000 dari keseluruhan 500,000 notis yang dikeluarkan, yang datang berdemo pun tidak sampai 500 orang?
Apa sebenarnya cerita disini? Adakah kerana waktu yang dipilih untuk mengadakan demonstrasi (Isnin) tidak sesuai? Atau sememangnya penduduk Kuala Lumpur tidak terkesan dengan kenaikan luar biasa kadar cukai pintu mereka?
Dah banyak sangat duit dah, atau orang KL semua dah jadi bodoh, dilembukan kerajaan dan Menteri Wilayah Persekutuan dari UMNO dengan pembohongan kononnya akan mengkaji bantahan yang dihantar rakyat melalui surat bantahan disediaan DBKL?
Jangan jadi bangsat sangatlah, sejak bila UMNO pedulikan rakyat? Kalau pedulikan rakyat, tol tak akan naik, minyak tak akan naik, subsidi gula tak dihapuskan dan sebagainya.
Bila kehadiran hanya seramai macam ini, UMNO akan lebih rakus menaikkan cukai pintu sewenang-wenangnya. Betullah ini kenaikan kali pertama sejak 21 tahun, tapi siapa yang peduli? Yang orang peduli, bila cukai pintu tinggi, kehidupan di bandar yang serba susah ini akan menjadi lebih susah.
Pakatan Rakyat menjangkakan, jumlah golongan gelandangan Kuala Lumpur ini akan meningkat berkali-kali ganda tinggi kerana jumlah rakyat yang akan dihalau dari kediaman masing-masing akibat tidak mampu membayar jumlah cukai pintu yang tinggi akan meningkat.
Jika sebelum ini gelandangan di Kuala Lumpur adalah terdiri dari mereka dari luar yang ditipu dengan tawaran kerja bergaji lumayan, kali ini, orang KL sendiri yang ramai jadi gelandangan kerana tidak mampu membayar cukai pintu yang tinggi.
Tak percaya, tengoklah.
No comments:
Post a Comment