Monday, December 16, 2013

Roboh Berhala: Harussaini Jangan Melebih-Lebih Sangat

Mufti Perak, Tan Sri Harussaini Zakaria ni bukan pertama kali buat kontroversi, dah banyak kali. Tapi setakat ini, semua kontroversi yang dicetuskan Harussaini, semuanya membabitkan parti Islam dan orang Islam, lantak merekalah.

Kali ini sudah melampau, bila Harussaini campur tangan dalam urusan kerajaan negeri apabila mengarahkan berhala Haji dan Hajjah di Lumut yang sekian lama berada disitu, dirobohkan.

Siapa Harussaini nak bagi kenyataan demikian? Dia sedar atau tidak yang dia hanyalah Mufti yang bertanggungjawab atas urusan orang Islam sahaja, orang bukan Islam tidak termasuk dalam bidang kuasa Harussaini.

Lagipun tujuan berhala tersebut dibina untuk menghormati orang Melayu, sebab itu dinamakan berhala Haji dan Hajjah.  Takkan bina berhala nak hormat orang Melayu pun nak marah?

Dalam hal ini Pakatan Rakyat suka nak menunggu kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berhubung isu sama. Adakah Zambry bersetuju dengan arahan Harussaini agar berhala itu dirobohkan atau macam mana?

Ingat, Lumut adalah diwakili seorang wakil rakyat dari PKR yang juga bekas pegawai tinggi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Madya (B) Mohamad Imran Bin Abdul Hamid.  

Maksudnya disitu, rakyat di kawasan tersebut (termasuk anggota tentera) semuanya mempunyai pendirian yang sama dengan Pakatan Rakyat dalam soal Harussaini melangkaui bidang kuasanya dengan mengarahkan perobohan berhala-berhala tersebut.

Zambry perlu ada telur sikitlah nak mengawal tingkah laku melampau Harussaini.  Hormat tu hormatlah juga, tapi jangan sampai menjejaskan penganut agama lain nak beribadat.

Perkara ini tidak berlaku di zaman Pakatan Rakyat memerintah Perak dulu.  Ketika itu, Harussaini banyak kali cuba masuk campur dalam urusan kerajaan negeri tapi dinafikan oleh pemimpin-pemimpin kanan negeri pada waktu itu seperti Datuk Seri Nizar Jamaludin, Ngeh Koo Ham dan sebagainya.

Sekarang bila UMNO kembali berkuasa, dah si Harussaini kembali bermaharajalela balik sebab dia tahu UMNO tidak akan berani menyekat perbuatannya sebab peranan yang dimainkan Harussaini sehingga kerajaan Pakatan Rakyat tumbang pada 2009.

Pakatan Rakyat nak memberi amaran.  Jika diteruskan juga perobohan berhala tersebut, satu demonstrasi besar-besaran akan diadakan di Perak sehingga menyebabkan tumbangnya kerajaan BN yang dipimpin Zambry kerana demonstrasi ini akau turut dihadiri lapisan masyarakat Perak, bukan setakat orang Islam macam tahun 2009 dulu.

Jangan main-main dengan berhala, nanti bala yang datang.

No comments: