Di Sarawak kelmarin, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dengan bangga mengumumkan bahawa DAP adalah parti pembangkang terkuat di Malaysia berdasarkan jumlah kerusi Parlimen dan DUN parti tersebut setakat ini.
Pada aku ini adalah kenyataan yang terlalu bongkak bunyinya dan boleh menguris perasaan pemimpin Pakatan Rakyat yang lain.
Seolah-olah semua kejayaan DAP yang lepas berjaya diperolehi parti tersebut tanpa sumbangan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.
Apakah Kit Siang terlupa, tanpa peranan yang dimainkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, DAP tidak mungkin beroleh kejayaan seperti sekarang.
Jadi tak payah bongkak sangatlah. Kalau bukan sebab Anwar, jangan mimpilah parti itu dapat berada di kedudukan sekarang hasil bantuan undi Melayu dari penyokong PKR dan PAS.
Anwarlah individu yang berusaha keras agar DAP diterima orang Melayu. Kalau bukan sebab Anwar, Melayu lebih sanggup tidak keluar mengundi dari memberikan undi mereka kepada DAP.
Nak harap undi cina? Jumlah mereka kurang 30% pun di bumi Malaysia ini. Cina bagi hampir semua sokongan pada DAP pun, UMNO/BN masih pemenang sebab mereka ada sokongan kukuh orang Melayu.
Unutung Anwar bijak mengatur strategi supaya Melayu mengundi DAP, kalau tidak, lagilah UMNO/BN bermaharajalela dengan majoriti 2/3.
Maka itu, tidak keterlaluan kalau aku katakan, Anwarlah yang sepatutnya mendapat pujian kerana kejayaan DAP hari ini. Semua kerana Anwar, bukan Kit Siang.
Jasa Anwar juga besar apabila berjaya mengalihkan perhatian orang Melayu dan India dari krisis dalaman dan pendekatan rasis yang diamalkan sesetengah pemimpin DAP. Semua tentu masih ingat pertelagahan antara Prof K Ramasamy dan Karpal Singh, Kg Buah Pala dan sebagainya.
Ini semua isu besar dan Anwar berjaya mengelakkan isu ini dari memberi kesan kepada orang Melayu.
Tambahan itu, Anwar jugalah orangnya yang berjaya memujuk PAS agar bekerjasama dengan DAP dalam Pakatan Rakyat. Nak harap Kit Siang buat ini semua? Jangan mimpilah.
Dah berapa lama Kit Siang dalam politik, berapa lama pula Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam politik, apakah dapat PAS dan DAP bekerjasama? Tidak kan.
Jadi mana hebatnya Kit Siang dan DAP kalau nak menyatukan parti-parti pembangkang di Malaysia ini pun tidak berjaya? '
Menunjukkan juga Kit Siang tidaklah sehebat mana. Nak tawan Pulau Pinang pun berhempas pulas, masih tak dapat. Aku nak tanya, berapa projek Tanjung yang DAP lancarkan untuk rampas Pulau Pinang sebelum 2008? Lebih dari 3, satu pun tak berjaya.
Hanya selepas Anwar menubuhkan Barisan Alternatif dan kemudian dikenali sebagai Pakatan Rakyat, barulah DAP berjaya merampas Pulau Pinang. Puncanya, kerana Anwar berjaya mengaturkan agar pertandingan satu lawan satu berlaku di negeri tersebut, tak macam dulu bila ada pertandingan 3 penjuru yang memberi kelebihan kepada BN.
Kit Siang perlu ingat macam ini cukup.
Lagi sekali aku dengar Kit Siang cakap bongkak macam ini lagi, tahulah apa nak buat.
No comments:
Post a Comment