Saturday, January 18, 2014

50 Gereja Akan Dibina Di Selangor!!


Berita baik untuk semua penganut agama Kristian di Selangor, kerajaan negeri telah meluluskan permohonan untuk membina sekurang-kurangnya 50 buah gereja secara berperingkat dalam tempoh 4 tahun akan datang di negeri tersebut.

Surat kelulusan berhubung perkara tersebut telah dihantar kepada Selangor Council of Churches pada 5 Januari lepas.

Gereja yang akan dibina di atas tanah kerajaan negeri ini menelan belanja antara RM 5 juta hingga RM 6 juta sebuah, dengan kos pembinaan ditanggung sepenuhnya oleh pihak-pihak terbabit dan kerajaan negeri hanya terlibat dalam soal kelulusan tanah.

Faktor yang mendorong kepada kelulusan ini adalah berdasarkan kepada jangkaan pertambahan penganut agama Kristian di negeri tersebut sepanjang tempoh itu.

Aku difahamkan oleh sumber yang rapat dengan kerajaan negeri, beberapa lokasi untuk pembinaan gereja ini telah dikenalpasti, dengan sebahagian besar darinya adalah terletak di kawasan Sabak Bernam, Tanjung Karang dan Kuala Selangor.

Mengikut maklumat dari Jabatan Perangkaan Negara, masyarakat Kristian di kawasan-kawasan yang disebutkan di atas telah bertambah dengan banyaknya sejak 2008, terutama di Tanjung Karang.

Sebuah Gereja Dalam Pembinaan Di Kuala Selangor
Aktiviti pemindahan pengundi yang sedang rancak dijalankan oleh kerajaan negeri Selangor juga, membantu kepada pertambahan statistik masyarakat Kristian  di kawasan majoriti orang Melayu ini.

Pendek kata, UMNO tidak ada alasan untuk membantah keputusan kerajaan negeri tersebut kerana pembinaan gereja ini adalah bagi menampung keperluan penganut agama Kristian, selaras dengan kebebasan beragama dalam Perkara 3 Perlembagaan Malaysia.

Keputusan ini juga tidak seharusnya dilihat mengancam orang Islam yang merupakan majoriti di negeri tersebut kerana prinsip kerajaan negeri adalah berlaku adil kepada semua lapisan masyarakat, tidak kira fahaman dan anutan agama.

Lagipun, kerajaan negeri telah menetapkan syarat bahawa setiap satu kompleks gereja yang akan dibina nanti mestilah mengandungi pusat perniagaan kecil yang boleh dimanfaatkan oleh semua lapisan masyarakat di kawasan sekitar.

Konsep pusat perniagaan di dalam kawasan rumah ibadat ini adalah antara pembaharuan yang diperkenalkan kerajaan negeri Selangor untuk mengelakkan kawasan tersebut hanya terhad kepada kegiatan keagamaan semata-mata.


No comments: