Sunday, January 26, 2014

Abdul Khalid mahu akhbar Cina beri penjelasan

  • Abdul Khalid Ibrahim Abdul Khalid Ibrahim
 1 / 2 
KLANG - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mahu akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily, memberi penjelasan mengenai laporan berita akhbar itu baru-baru ini, kononnya beliau meletak jawatan.

Akhbar itu mendakwa kepimpinan PKR telah membuat keputusan melantik Timbalan Presiden Azmin Ali, yang juga Adun Bukit Antarabangsa, untuk menggantikan beliau sebagai Menteri Besar.

Abdul Khalid berkata, akhbar itu diminta memberi penjelasan berkenaan berita itu sebelum sambutan Tahun Baharu Cina minggu depan.


"Spekulasi itu sangat tidak baik dan kita kita minta penjelasan daripada Sin Chew bagaimanapun cerita itu boleh timbul kerana ia akan menyusahkan dan mengelirukan rakyat," katanya.

"Jika cerita itu benar tak apa tapi kalau tak benar tidak elok," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Jom Shopping Kerajaan Negeri di pasaraya Giant Bukit Tinggi, dekat sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Abdul Khalid berkata, Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Datuk Mohammed Khusrin Munawi diberi tempoh dua minggu untuk membuat siasatan terhadap Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)  Datuk Othman Omar dan Setiausaha Eksekutif Kerja perbadanan itu Norita Mohd Sidek.

Kedua-dua pegawai kanan PKNS itu telah ditukarkan ke pejabat SUK sejak Isnin lepas untuk disiasat berhubung kes penamatan perkhidmatan Azmin sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNS. - Bernama

No comments: