Friday, January 31, 2014

Anwar Bersara Dari Politik Jika Tewas Di Kajang


Datuk Seri Anwar Ibrahim difahamkan ambil maklum tentang bantahan beberapa pihak berhubung percaturan beliau mengosongkan kerusi DUN Kajang bagi membolehkannya bertanding, menang dan kemudian dilantik menjadi Menteri Besar Selangor yang baru.

Bagaimanapun, seperti yang disebutkan semalam, Anwar tidak perlu kebenaran sesiapa untuk tujuan tersebut kerana PKR adalah parti dominan di Selangor, Menteri Besarnya dari kalangan pemimpin PKR, selain Kajang itu sendiri kawasan yang sememangnya diperuntukkan untuk PKR.


Period!!


Tapi untuk meredakan sedikit ketegangan, Anwar dijangka akan membuat pengumuman penting pada bila-bila masa dari sekarang - mengulangi iltizam beliau untuk bersara dari politik sekiranya tewas di Kajang nanti.

Dari satu sudut, itu sangat mustahil berlaku kerana dengan tahap sokongan luar biasa rakyat terhadap Pakatan Rakyat sekarang, kemenangan Anwar adalah suatu yang pasti, Tuhan pun tak boleh ubah keputusan tersebut.

Lagipun, sejak awal tahun ini, pentadbiran Najib telah mengambil tindakan keras terhadap ramai pemborong dan pengedar Cina kerana dakwaan memanipulasi harga barang sehingga berlaku kenaikan melampau, dan keadaan ini menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan mereka.

Tindakan melampau Najib ini, akan dibalas rakyat Kajang dengan penolakan total BN di kawasan tersebut.  Jadi tidak sepatutnya timbul soal Anwar akan tewas, perkara itu tidak berbangkit sama sekali.

Bagaimanapun, jaminan meletakkan jawatan sekiranya tewas ini telah terbukti berjaya semasa PRU13 yang dulu.  Rakyat berasa yakin dengan Pakatan Rakyat bila Anwar meletakkan janji yang sebegitu besar.

Walaupun diakhirnya Anwar tidak meletakkan jawatan kerana hakikat bahawa Pakatan Rakyat kalah secara tidak adil (isu pengundi hantu Bangladesh dan Blackout), tapi rakyat masih menaruh keyakinan terhadap Anwar.

Maka itu aku yakin, bila Anwar kemuka janji yang sama dalam PRK Kajang nanti, rakyat akan terus menyokong beliau seperti mana dalam PRU13 yang lepas.

No comments: