Saturday, February 1, 2014

Twitter Mesra Nurul Izzah & Bakal Suami Tersebar?


Sejak disahkan bahawa penceraian antara Nurul Izzah dan suaminya, Raja Ahmad Shahrir memang berlaku, tidak ada apa-apa perkembangan terbaru mengenai pasangan tersebut yang tersiar di media.

Pengosongan kerusi DUN Kajang dan pencalonan Datuk Seri Anwar Ibrahim di kawasan itu juga telah mengalihkan sebentar perhatian rakyat dari isu tersebut, termasuk blog ini.

Isu ini menarik minat rakyat kerana Nurul Izzah pada mulanya menafikan penceraian itu berlaku, tapi pengedaran satu dokumen Mahkamah yang menunjukkan Nurul Izzah telah sah  bercerai talak satu, menimbulkan persoalan lain, kenapa Nurul Izzah berbohong.

Apa yang cuba disembunyikan?


Bagaimanapun sebentar tadi, satu sumber yang boleh dipercayai telah menyerahkan kepada aku satu printscreen yang di dakwa dari akaun Twitter lelaki yang dikaitkan sebagai bakal suami baru Nurul Izzah, Anas Alam Faizli (rujuk gambar atas).

Printscreen tersebut jelas menunjukkan bahawa kedua-dua pasangan ini berbalas mesej mesra pada ketika penceraian sudah difailkan di Mahkmah Rendah Syariah, Kuala Lumpur.

Secara tidak langsung seakan mengesahkan cakap-cakap orang sebelum ini bahawa pasangan ini memang sedang hangat bercinta dan akan mendirikan rumah tangga sebaik tempoh edah selama 90 hari Nurul Izzah berakhir.

Kita tidak ada masalah sekiranya Nurul Izzah nak bercerai dan berkahwin semula pun, itu  biasalah. Yang kita kisahkan ialah kenapa Nurul Izzah perlu berbohong tentang perkara tersebut?  Itu saja.

No comments: