Monday, January 20, 2014

Anwar Dihalau:Minta Maaf Atau Semua Syarikat Jepun Akan Ditutup

Tindakan Imigresen Jepun tidak membenarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rombongannya memasuki negara tersebut kelmarin adalah satu penghinaan kepada rakyat Malaysia secara keseluruhannya.

Rakyat negara ini tidak boleh menerima keputusan tersebut walaupun secara amnya kita faham adalah menjadi hak negara itu untuk melarang atau menerima mana-mana orang asing dari memasuki negara tersebut.

Kerajaan Jepun perlu diingatkan bahawa ada beratus-ratus syarikat Jepun sedang beroperasi di negeri-negeri Pakatan Rakyat seperti Selangor dan Penang dan tindakan seumpama ini hanya akan menjejaskan operasi syarikat-syarikat terbabit.

Kita tidak main-main dalam hal ini kerana rakyat Malaysia berasa begitu malu apabila bakal Perdana Menteri mereka dihalau keluar dari negara tersebut seperti pengganas yang boleh memberi ancaman keselamatan kepada Jepun.

Selama ini Anwar dan rombongannya bebas ke sana ke mari tanpa sebarang masalah (termasuk Jepun), tapi kenapa kerajaan Jepun menghalang beliau daripada melawat negara tersebut secara tiba-tiba dan tanpa alasan yang munasabah.

Paling rugi, wang rakyat Selangor yang digunakan untuk membiayai kos perjalanan dan penginapan dalam kunjungan tersebut, hangus begitu saja kerana tindakan kerajaan Jepun menghalau Anwar dan rombongannya keluar dari negara itu.

Antara Syarikat Jepun Di Selangor
Maka itu Pakatan Rakyat memberi tempoh 48 jam kepada kerajaan Jepun untuk menarik balik keputusan tersebut dan meminta maaf secara rasmi kepada Anwar atau semua syarikat-syarikat Jepun di Selangor dan Penang akan ditutup serta merta!!

Walaupun tindakan penutupan itu nanti akan menjejaskan para pekerja yang sedang berkhidmat di syarikat-syarikat tersebut, tapi aku tak nampak sebarang masalah.

Ada banyak lagi negara lain di dunia ini yang boleh menggantikan pelabur Jepun di Selangor.

Malah pada saat artikel ini ditulis, ada beribu syarikat dari China, Turki dan Singapura yang menunggu peluang untuk melabur di Selangor dan Penang.

Lagipun bagi pekerja-pekerja ini, mereka tidak kisah kehilangan pekerjaan, yang penting, maruah Anwar sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia, dikembalikan semula oleh kerajaan Jepun.


No comments: