Tidak ada yang lebih menggembirakan hari ini melainkan mendengar berita Datuk Seri Anwar Ibrahim dicalonkan PKR untuk kerusi DUN Kajang yang kosong berikutan perletakkan jawatan ADUNnya semalam.
Walaupun agak mengecewakan sedikit kerana itu bermaksud peluang Azmin untuk menjadi Menteri Besar sudah tertutup rapat untuk membuka jalan kepada Anwar, tapi tak mengapalah, yang baik (Azmin) digantikan dengan terbaik (Anwar).
Lagipun ada desas desus Anwar tidak akan lama di Selangor, setahun atau dua, jawatan Menteri Besar itu akan diserah kepada Azmin selaku pihak yang lebih layak.
Begitu pun, pencalonan Anwar dan kemenangan beliau nanti di Kajang akan membuka lembaran baru buat rakyat Selangor. Setahun dua sebelum diserah jawatan Menteri Besari itu kepada Azmin tidak penting, yang penting, dibawah pentadbiran Anwar, Selangor akan jadi jauh lebih maju berbanding sekarang.
Tak kisah berapa lama beliau memegang jawatan tersebut.
Maka itu, tidak ada hukum lain, melainkan hukum wajib kepada semua pihak terutama parti komponen Pakatan Rakyat untuk memberikan sokongan tidak berbelah bagi kepada Anwar dalam pilihanraya kecil yang akan diadakan nanti.
Ini penting kerana, kerusi itu sudah kosong dan perlu ada pengganti. Memandangkan ia milik PKR, maka PKRlah sepatutnya yang berhak menentukan calon di kawasan tersebut dan dalam hal ini, Anwar adalah yang paling layak.
Jadi tidak betullah bila AJK Pusat PAS, Nasrudin Tantawi yang dikesan membantah pencalonan Anwar untuk kerusi Kajang dan menyindir beliau kerana kononnya mengadakan pilihanraya ciptaan sendiri dan membazirkan duit rakyat.
Kurang ajar sungguh.
Posting Kurang Ajar Tantawi |
Sejak bila proses pilihanraya kecil untuk menggantikan wakil rakyat yang meletakkan jawatan dianggap sebagai pembaziran? Ini proses biasalah bila berlaku kekosongan. Nasrudin bila mati dalam tempoh 4 tahun ini, akan diadakan pilihanraya kecil juga di Temerloh.
Tidak sewajarnya PAS mempertikaikan perkara tersebut hanya kerana kekosongan itu berlaku untuk membuka jalan Anwar dilantik sebagai Menteri Besar Selangor. Kalau dah nak kena belanja wang, belanja sajalah berapa juta sekalipun.
Rakyat akan redha.
Pakatan Rakyat dengan ini menggesa PAS supaya mengambil tindakan keras ke atas Nasrudin atas kenyataan kurang ajarnya ini. Dia nampak sangat tidak menghormati Anwar sebagai ketua pembangkang dan bakal Menteri Besar Selangor.
Nasrudin menang di Temerloh pun atas usaha Anwar dan Pakatan Rakyat. Ingat kalau letak nama PAS saja disitu, boleh Nasrudin menang ke? Jangan haraplah.
No comments:
Post a Comment