Banyak betul bunyi kelu kesah bila diumumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding di kerusi DUN Kajang yang dikosongkan semalam. Patut semua orang happylah, ini banyak bunyi pulak lagi.
Asas kenapa banyak pihak, termasuk dari Pakatan Rakyat sendiri menolak pilihanraya kecil yang bakal diadakan di Kajang nanti ialah kerana kononnya proses itu akan membazirkan wang rakyat.
Lebih lagi kata mereka, di saat rakyat menderita akibat kenaikan kos sara hidup di sana sini, pilihanraya kecil yang 'tidak perlu' terpaksa diadakan untuk membuka jalan kepada perlantikan Datuk Seri Anwar sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.
Malangnya, tanggapan seperti ini banyak kedengaran dalam PAS, dalam DAP tak berapa nak dengar lagi pun.
Rungutan seperti ini amat malang sekali, terutama kalau disebut dari kalangan komponen Pakatan Rakyat sendiri.
Memang dalam keadaan sekarang kerajaan perlu berjimat, tapi berjimat dari segi apa yang kita maksudkan? Berjimat dari segi pembaziran dan ketirisan, terutama yang dilakukan oleh kakitangan kerajaan sendiri seperti dalam laporan Ketua Audit Negara.
Itu yang perlu dijimatkan kerajaan, bukan dalam soal nak mengadakan pilihanraya kecil seperti ini, walaupun bertujuan untuk memastikan Anwar boleh dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baru!!
Jika Anwar dilantik sebagai Menteri Besar nanti, beliau akan membawa bertrilion pelaburan luar masuk kedalam negeri Selangor, dan Malaysia juga akan dapat nikmatnya sekali. Terbayarlah semula kos nak mengadakan pilihanraya kecil DUN Kajang ini nanti.
Selama hari ini, Tan Sri Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar, gagal melaksanakan tanggungjawab tersebut. Beliau lebih senang melihat wang dalam rizab negeri Selangor bertimbun sepanjang masa, sedangkan, rakyat di bawah dihambat dengan infrastruktur yang setaraf dunia ketiga!!
Nak salahkan beliau sepenuhnya pun tidak boleh kerana latar belakang Khalid sebagai bekas ahli perniagaan terkemuka memang macam itu. Cuma dalam hal menguruskan negeri, tidak bolehlah Khalid bawa pendekatan syarikat, perlu bawa pendekatan politik yang mesra rakyat.
Ini kadang-kadang payah bila bercakap dengan orang yang kualiti otaknya tidak begitu cemerlang. Kita pandang masa depan, dia asyik lihat jangka pendek saja, bila kita ni nak maju?
No comments:
Post a Comment