Kenyataan Pengerusi NGO Bersih 2.0, Marina Cin yang aku terima sebentar tadi, telah benar-benar mengganggu harapan besar rakyat untuk melihat Anwar ditabal sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.
Bersih dalam kenyataan itu, mengkritik perletakkan jawatan ADUN Kajang, Lee Chin Cheh semalam dan pencalonan Anwar sebagai pengganti hari ini.
Menurut Bersih, kedua-dua kejadian itu sebagai amalan yang sangat tidak demokratik, satu manipulasi dan mengkhianati kepercayaan rakyat.
Persoalannya sekarang, apa yang tak demokratik, apa yang manipulasi?
Undang-undang negara tidak menghalang mana-mana ADUN dari meletakkan jawatan sekiranya ADUN merasa dirinya tidak berupaya lagi untuk berkhidmat kepada rakyat. Perlembagaan negeri Selangor juga membenarkan mana-mana permastautin Selangor bertanding dalam pilihanraya negeri.
Anwar dalam hal ini tidak salah kerana beliau sekadar menjalankan tanggungjawabnya sebagai pemimpin yang bertanggungjawab apabila berlaku kekosongan di Kajang.
Kebetulan, Anwar juga sekarang seorang pemaustatin Selangor kerana alamat pada kad pengenalan baru saja di tukar beberapa hari sudah, mengikut alamat kediaman bapa beliau di Selangor, walaupun menetap di Segambut Dalam.
Menukar alamat pada kad pengenalan ini juga bukan satu kesalahan, atas sebab yang jelas, mana-mana warganegara boleh membuat penukaran pada kad pengenalan masing-masing.
Nampaknya Bersih dibawah kepimpinan Marina, cuba mencari nahas dengan mengkritik Anwar. Tak sedar tanpa sokongan Anwar, Bersih tidak akan ke mana-mana. Aku yakin Anwar sudah tahu apa yang akan dibuat dengan Marina ini.
No comments:
Post a Comment