Aku tak faham siapa PAS untuk memekak dalam soal pencalonan Datuk Seri Anwar Ibrahim di DUN Kajang yang kosong selepas penyandangnya Lee Chin Cheh memutuskan untuk meletakkan jawatan kerana gagal menjalankan khidmat dengan baik?
Lagi aku tak faham bila PAS merungut di sana sini mendakwa diketepikan dari perbincangan yang membawa kepada kekosongan tersebut dan pencalonan Anwar kemudiannya. Seterusnya dijadikan alasan untuk memboikot Anwar dalam pertandingan itu nanti, kononnya.
Masalahnya sekarang, apa besar PAS dan apa penting pulak Anwar nak kena bincang dulu dengan PAS?
Kerusi itu memang milik PKR. PKR telah bertanding di kawasan tersebut sejak 1999 lagi. Tidak timbul persoalan PKR perlu minta restu sesiapa untuk bertanding di kawasan tersebut, apatah lagi dalam kes ini, Anwar yang dipilih sebulat suara sebagai calon disitu.
Yang sebetulnya, tidak ada cerita sebulat suara pun, semua itu hanya formaliti.
Apa pun keputusan, dari pengosongan kerusi sehingga kepada soal pencalonan, adalah dibuat oleh Anwar sendiri selaku Ketua Umum PKR dan Pakatan Rakyat, tanpa dipengaruhi mana-mana pihak termasuk Rafizi yang semalam mendakwa percaturan di Kajang itu adalah idea dia.
Tidak masuk akal budak berhingus macam Rafizi ini nak mencaturkan strategi sepenting ini untuk Anwar. Apakah Anwar terlalu lemah sehingga minta pandangan budak berusia pertengahan 30-an ini?
Bodohlah kepada sesiapa yang menganggap begitu.
Tapi itu cerita lain, yang penting sekarang ialah, semua keputusan di Kajang yang menjadi santapan mata rakyat Malaysia kebelakangan ini adalah keputusan Anwar sendiri. PKR sendiri pun tidak boleh masuk campur, apatah lagi PAS dan DAP, terutama sekali PAS.
PAS banyak terhutang budi dengan Anwar, kena ingat tu. Kalau tak kerana perancangan Anwar, PAS tidak mungkin dapat 15 kerusi DUN di Selangor, macam mana yang mereka dapat sekarang.
PAS seharusnya jadi macam DAP, menurut dan menyokong keputusan Anwar tanpa banyak bicara. DAP tahu, kalau tidak kerana jasa Anwar, tidak mungkin orang Melayu akan menyokong DAP seperti yang kita lihat hari ini.
Maka itu mulai sekarang, hentikanlah semua polemik berkaitan pilihanraya kecil di Kajang ini. Keputusan sudah dibuat dan tidak ada siapa atau apa yang boleh mengubah keadaan tersebut, termasuklah Tuhan.
No comments:
Post a Comment