Thursday, January 30, 2014

Syarikat Haji Samuri Sokong Pencalonan Anwar


Perniagaan yang menjadi trademark di Kajang, Syarikat Satay Haji Samuri hari ini mengumumkan bahawa syarikat tersebut menyokong penuh pencalonan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon PKR dalam pilihanraya kecil yang akan diadakan nanti.

Menurut jurucakap syarikat tersebut, sokongan tidak berbelah bagi ini dberikan kerana inilah kali pertama sejak sekian lama, DUN Kajang diwakili oleh seorang ADUN Melayu, setelah buat beberapa lama bersilih ganti diwakili kaum cina.

Sedangkan 48% penduduk Kajang adalah orang Melayu.

Bahkan, ini bukan sebarang pemimpin Melayu, tapi pemimpin agung Melayu bertaraf dunia yang akan dinamakan sebagai Menteri Besar Selangor yang baru - dan jika semuanya menjadi, Perdana Menteri Malaysia pada tahun 2018 nanti.

Tidak pernah sesiapa di Kajang mengimpikan bahawa pada suatu hari nanti, seorang Perdana Menteri Malaysia akan berasal dari daerah itu. Betul, Anwar lahir di Permatang Pauh Pulau Pinang, tapi alamat pada kad pengenalannya adalah di Kajang!!

Itu yang penting.

Maka itu kemenangan Anwar di Kajang nanti begitu bermakna kepada perniagaan syarikat tersebut.  Dengan Anwar sebagai 'duta' tidak rasmi Kajang, secara tidak langsung memberi kelebihan kepada syarikat tersebut untuk maju lebih jauh lagi, khasnya di Malaysia dan di seluruh dunia amnya.

Bagi pihak Anwar pula, sokongan ini begitu penting sekali kerana tidak dapat tidak, pengaruh perniagaan satay dengan jenama Haji Samuri ini mampu memudahkan kempen yang bakal dijalankan Anwar nanti.

Selain itu, kedudukan kewangan syarikat Haji Samuri yang kukuh juga mampu membantu dalam menampung perbelanjaan kempen Anwar disini kalau persetujuan mengenainya dapat dicapai kelak.  
Menurut kiraan kasar, sekitar RM 5 juta - RM 10 juta diperlukan bagi menampung kos kempen ini nanti.  UMNO/BN pula dijangka membelanjakan antara 3 hingga 10 kali ganda dari jumlah tersebut.

Jumlah itu bagi Pakatan Rakyat adalah satu jumlah yang cukup besar, yang mana mustahil diperolehi, terutama dalam suasana ekonomi semasa yang begitu lembap pada hari ini di negara kita.

Sokongan dan sumbangan dari syarikat swasta yang berjaya seperti Syarikat Haji Samuri, adalah penting untuk kelangsungan Pakatan Rakyat dalam kempen kali ini.

No comments: