Thursday, January 30, 2014

Pakatan Rakyat Akan Runtuh Tanpa Anwar


Masih lagi berkenaan 'pemberontakan' dalaman PAS yang kelihatannya sudah mula menjalar dalam DAP - berhubung pencalonan Datuk Seri Anwar Ibrahim di kerusi Kajang yang kosong.

Disebutkan bahawa PAS Selangor akan memboikot kempen pilihanraya kecil itu bila diadakan nanti, disebalik jaminan Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu (Mat Sabu) yang berjanji parti itu tidak akan berbuat demikian.

Buktinya, dalam mesyuarat PAS Selangor di Gombak malam tadi, beberapa keputusan bersifat negatif, telah dibuat mereka.  Antaranya, mengutuk perletakkan jawatan bekas ADUN Kajang, meminta penjelasan PKR dan sebagainya.

Walaupun tidak ada ketetapan memboikot dibuat, tapi 'jalan' ke arah itu memang sudah ada.  Nampaknya, sama ada Mat Sabu berbohong atau PAS Selangor sudah jadi seperti anjing kelaparan - tidak boleh nak dikawal.

Sementara di pihak DAP pula, sudah ada beberapa pihak dalam parti tersebut yang menggunakan NGO-NGO tertentu untuk menyuarakan bantahan berhubung keputusan Anwar mengarahkan kerusi itu dikosongkan bagi membuka jalan untuk beliau bertanding dan seterusnya menjadi Menteri Besar Selangor.

Walaupun kita tahu semua bantahan ini tidak mendapat restu dari kepimpinan tinggi masing-masing, tapi itu tidak bermaksud ancaman ini boleh dipandang ringan oleh Anwar dan PKR sendiri.

Bagi yang membantah ni, aku nak sebut ringkas sajalah.  Anwar layak dapat segala keistimewaan yang tidak mungkin dirasai oleh orang lain kerana beliau adalah jambatan yang menghubungkan dua parti paling berbeza idealogi - PAS dan DAP.

Sampai kiamat pun, DAP dan PAS tidak akan boleh bekerjasama, kalau tidak kerana Anwar.  Tengku Razaleigh Hamzah pernah cuba dulu dengan Semangat46, tapi gagal, Anwar juga yang berjaya.

Itu pun, masih juga berlaku pertindihan kerusi di beberapa tempat dalam PRU13 yang lepas, yang mana kesemuanya dimenangi UMNO/BN.  

Antara Mangsa Pertindihan Kerusi Di Selangor, Semuanya Salah PAS
Cuba bayangkan kalau Anwar tak ada, aku yakin bukan 6 tapi lebih kerusi akan berlaku pertindihan, yang mana pasti memberi kelebihan kepada UMNO/BN.

Maka itu, lihatlah pencalonan ini dari persepktif yang besar dan luas.  Janganlah bongok sangat pandang dari sudut sempit yang bermotifkan peribadi semata-mata.

Nak menang ke nak kalah?  Nak lihat Anwar menang di Kajang ataupun mahu Selangor terlepas semula kepada UMNO macam Kedah?  Buatlah pilihan sendiri.

No comments: