Pakatan Rakyat hari ini mendesak Kementerian Dalam Negeri (KDN) supaya mengadakan peraturan baru bagi membolehkan bekas banduan dari negara Jepun, dihalang dari memasuki negara ini tanpa kebenaran khas.
Desakan ini adalah bagi membalas perkara sama yang dilaksanakan oleh kerajaan Jepun ke atas rakyat kita seperti yang dialami Datuk Seri Anwar Ibrahim Ahad lepas.
Anwar dilarang dari memasuki Jepun kerana pernah dipenjarakan selama 6 tahun atas kesalahan penyalahgunaan kuasa semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Semalam, ribuan rakyat Malaysia yang dipimpin Ketua AMK, Shamsul Iskandar Akin, mengadakan demonstrasi di depan bangunan Kedutaan Jepun di Persiaran Stonor, Kuala Lumpur. Ikut maklumat yang aku dapat, lebih banyak demonstrasi seumpamanya akan diadakan selagi Jepun tidak meminta maaf.
KDN dan kerajaan Malaysia digesa tidak berlembut dengan kerajaan Jepun dalam hal ini kerana imej negara ini diperingkat antarabangsa berada dalam keadaan lemah, akibat beberapa penganiayaan yang dilakukan kerajaan negara asing ke atas rakyat negara kita.
Sebelum Anwar dihalau keluar dari Jepun, 2 orang rakyat Malaysia di Sweden ditahan dan dipenjarakan kerana memukul tangan anak sendiri yang enggan sembahyang beberapa minggu lalu.
Tapi Pakatan Rakyat berpendapat, kejadian di Sweden itu kurang memberi kesan yang besar berbanding dengan penderitaan yang dialami Anwar di Jepun. Seharusnyalah, kejadian di Jepun itu diberi lebih perhatian berbanding di Sweden.
Pakatan Rakyat bimbang, jika perkara ini tidak ditangani dengan lebih awal, akan lebih ramai pemimpin Pakatan Rakyat yang akan dihalang dari memasuki Jepun kerana status sebagai bekas banduan.
Antara pemimpin terbabit ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS, Salehudin Ayub, Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu dan lain-lain.
Bagaimanakan semua pemimpin ini nak menjalankan tugas dengan berkesan, terutama dalam hal membabitkan perhubungan dengan negara Jepun, jika peraturan bodoh seumpama ini masih berkuatkuasa, sementara kita tidak pula mempunyai peraturan yang sama?
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selaku Menteri yang bertanggungjawab ke atas KDN perlu ambil serius dengan desakan ini. Jepun perlu diajar bahawa Malaysia juga boleh mengadakan peraturan serupa untuk rakyat mereka.
Zahid perlu diingatkan, dia tidak akan berada pada tahapnya sekarang kalau bukan kerana Anwar yang menaikkannya sebagai Ketua Pemuda UMNO pada tahun 1997 yang dulu.
Nak diikutkan, Zahid ini juga bekas banduan kerana pernah ditahan di Penjara Kamunting atas kesalahan Akta Keselamatan Dalam Negeri pada tahun 1998, sepatutnya dia tahu apa perasaannya didiskriminasi oleh negara asing kerana kesalahan lampau.
No comments:
Post a Comment