Wednesday, January 22, 2014

Isu PKNS: Tiada kaitan dengan Anwar

  • PKNS azmin khalid
 1 / 1 
MERU - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan tindakan pertukaran dua kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) ada kaitan dengan tekanan terhadap permintaan Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau turut menyangkal tuduhan tindakan itu sengaja menjadikan bekas Pengurus Besar PKNS, Othman Omar dan Setiausaha Eksekutif Kerja PKNS, Norita Mohd Sidek sebagai ‘kambing hitam’.

“Tidak, tiada tekanan daripada Anwar. Dalam perkara ini, saya dan Anwar serta pimpinan PR lain ingin menyatakan kekuatan kita adalah integriti.

"Jika kita menjaga negeri tetapi tiada sifat itu, orang akan kata kita tidak amanah dan menipu. Sebab itu kita perlu laksanakan siasatan ke atas isu ini,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan pengurusan Top Glove Corporate, di sini, semalam.

No comments: