Thursday, January 16, 2014

Bukan Saja Pusat Giat Mara, UiTM & Masjid Juga Perlu Ditutup Di Selangor & Penang


Menyokong kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang memberi alasan kewujudan Pusat Giat Mara di Pulau Pinang dan Selangor tidak memberi manfaat kepada semua kaum dan maka itu harus ditutup, adalah satu kenyataan yang tepat pada masanya.

Pusat Giat Mara diketahui hanya menyediakan latihan kemahiran dalam pelbagai bidang, khusus kepada pemuda dan pemudi Melayu saja, tanpa membuka sedikit ruang pun kepada kaum bukan Melayu untuk memasukinya.

Maka itu, amat sesuailah kalau pusat-pusat ini ditutup dan tanah itu dibangunkan untuk tujuan yang lebih membawa manfaat seperti projek-projek komersial yang kemudiannya boleh digunakan untuk menjana pendapatan bagi kerajaan negeri.

Tapi untuk lebih menyeluruh lagi, semua bangunan dan hartanah yang tidak memberi manfaat kepada semua kaum seperti Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan masjid-masjid di seluruh negeri Pulau Pinang dan Selangor, juga sudah seharusnya ditutup.

Walaupun mungkin menyalahi peraturan-peraturan tertentu kerana ia melibatkan rumah ibadat (masjid), tapi Pakatan Rakyat perlu melakukan itu dalam konteks yang disebutkan Guan Eng - tidak memberi manfaat kepada semua kaum.

Rumah-rumah ibadat agama lain boleh dikekalkan kerana setakat ini hanya agama Islam sahaja yang menghadkan kawasan dimana orang bukan Islam boleh masuk, itupun dengan berpakaian yang menutup hampir keseluruhan badan!!

Jadi, masjid termasuk dalam kategori itu, tidak memberi manfaat kepada semua kaum.  Gereja, kuil dan tokong pun tidak ada masalah untuk sesiapa masuk di dalam kawasannya, justeru, memberi manfaat kepada semua kaum.

Bercakap tentang UiTM ini pula, aku difahamkan dua Universiti tersebut yang dibuka di Selangor (masing-masing di Shah Alam dan Puncak Alam), melibatkan penggunaan tanah yang cukup besar, menjangkau beratus-ratus hektar.

Apakah faedahnya kalau tanah yang sebegini luas digunakan untuk manfaat satu kaum saja - orang Melayu?  Sepatutnya tanah ini digunakan untuk tujuan komersial dan pembangunan yang lebih menguntungkan semua pihak dan semua kaum.

Dari dibangunkan satu atau dua buah Universiti, tanah yang luas itu boleh menempatkan beribu-ribu unit bangunan komersial yang kemudiannya akan membuka peluang pekerjaan yang besar kepada rakyat dan negeri Selangor sendiri.

Kerajaan negeri sendiri dapat mengutip lebih banyak cukai untuk dimasukkan dalam rizab kerajaan negeri atau membiayai projek-projek infrastruktur yang lain.

Apakah yang lebih baik dari itu?

No comments: