Akibat kontroversi yang dicetuskan para pelampau Islam di negara ini berhubung keputusan lembaga pentadbir Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Nan Ya di Johor mengarahkan seorang guru perempuan membuka tudungnya, keselamatan Pengetua sekolah berkenaan tidak lagi terjamin.
Ini adalah berdasarkan kepada dakwaan mengenai tindakan sekumpulan kecil orang yang dipercayai dari kumpulan pelampau Islam tertentu mengadakan demonstrasi membantah keputusan tersebut di hadapan sekolah sejak kelmarin - setelah isu ini tersebar secara meluas.
Selain itu, kumpulan ini juga di dakwa menampal dan memasang poster dan banner yang menyatakan kemarahan mereka di atas keputusan tersebut.
Malah ada juga laporan di media-media sosial mengenai hasutan-hasutan yang membawa maksud tidak baik kepada pengetua dan seorang anggota pentadbir sekolah berkenaan yang dikaitkan dalam isu guru berkenaan terpaksa membuka tudung.
Pakatan Rakyat dengan ini meminta pihak polis menyiasat kebenaran disebalik dakwaan ini serta mengambil tindakan segera bagi menjamin keselamatan Pengetua sekolah berkenaan dari dicederakan oleh golongan pelampau Islam yang kurang cerdik ini, jika dakwaan itu ada kebenaran.
Takkan nak tunggu sehingga perkara yang tidak baik berlaku baru nak bertindak?
Antara Poster Mengecam Insiden di Nan Ya, Disebar Di Internet |
Pengetua sekolah berkenaan perlulah dikawal 24 jam dengan sekurang-kurangnya 2 anggota polis bersenjata bagi mengelakkan sebarang tindakan tidak diingini yang mungkin dilancarkan oleh puak pelampau Islam ini.
Johor seperti yang kita semua tahu adalah antara 2 negeri yang menjadi tempat kelahiran ramai pengganas terkemuka di negara ini seperti Dr. Azahari dan Nordin Mohamad Top.
Sebuah negeri lagi ialah Sabah, yang menjadi sarang kepada beberapa kumpulan pengganas seperti Darul Islamiyah. Kumpulan ini juga dikatakan mempunyai hubungan dengan rangkaian pengganas antarabangsa seperti Al-Qaeda.
Maka itu, ancaman ini jangan diambil mudah.
Walaupun aku difahamkan sekumpulan kecil pelampau Islam yang berdemo di depan sekolah itu hanyalah terdiri dari orang-orang tua yang juga penduduk sekitar, kita tidak boleh ambil mudah kerana tua tidak bermaksud mereka tidak boleh mendatangkan bahaya
No comments:
Post a Comment