Friday, January 3, 2014

Celaka Kerajaan BN Tak Naikkan Tol


Entah apalah 'game'nya, tapi Pakatan Rakyat ternyata kecewa dengan keputusan kerajaan BN tidak menaikkan tol seperti mana yang telah tertulis dalam perjanjian konsesi.

Maklumat dari banyak sumber yang menggunakan laluan tol pada 1 Januari yang lepas melaporkan tidak ada sebarang kenaikan seperti yang diwar-warkan sebelum ini.

Tak pasal-pasal Pakatan Rakyat dituduh penipu kerana kadar tol di beberapa tempat tidak naik.

Pun begitu, tak mengapalah kalau Pakatan Rakyat dituduh penipu, yang menjadi kerunsingan kita sekarang ialah, dengan penangguhan kenaikan tol ini juga bermaksud rakyat akan hidup bertambah susah kerana bila kadar tol dinaikkan nanti, para peniaga pada waktu itu sudah tentu akan menaikkan sekali lagi harga barang dan perkhidmatan mereka.

Maksudnya kenaikan berganda.

Buka saja tahun 2014, kenaikan harga barang berlaku kerana caj elektrik naik, nanti bila tol dinaikkan, sekali lagi harga barang akan naik.  Cuba kalau naik sekaligus, tidaklah rakyat terbeban dengan kenaikan berganda.

Inilah yang kita katakan pentadbiran kurang bijak dan bodoh diberikan pentadbiran Najib Tun Razak kepada rakyat Malaysia.

Apa pun, Pakatan Rakyat berharap rakyat tidak cepat berpuas hati dengan keputusan tidak menaikkan kadar tol berkuatkuasa 1 Januari lepas.

Dari maklumat yang aku terima, tol akan tetap dinaikkan kerana kerajaan sudah tidak ada wang untuk membayar subsidi berjumlah berjuta-juta ringgit lagi kepada syarikat pemegang konsesi

Mesyuarat pertama kabinet minggu depan dijangka membincangkan masalah tol ini dan percayalah, kenaikan tol yang diwar-warkan sebelum ini itu, akan tetap dilaksanakan.  Ini bukan masalah ada atau tidak, tapi bila dan berapa.

Justeru, bersama-samalah dengan Pakatan Rakyat pada sepanjang masa kerana hanya Pakatan Rakyat yang mampu membela nasib rakyat dari dibuli oleh UMNO dan Barisan Nasional.

No comments: