Friday, January 3, 2014

PKR Patut Pecat si Bahlol Wan Suhaimi


Pengarah Latihan dan Komunikasi PKR Kelantan, Dr. Wan Suhaimi Wan Daud yang baru-baru ini mengadu nasib kepada akhbar UMNO, Utusan Malaysia kononnya PKR negeri tersebut, dipinggirkan oleh PAS Kelantan, seharusnyalah dipecat saja dari parti tersebut.

Tidak sepatutnyalah Wan Suhaimi mendedahkan perkara tersebut kepada umum sedangkan Pakatan Rakyat mempunyai begitu banyak saluran dalaman yang boleh digunakannya untuk mengatasi masalah seperti ini.

Itu satu pasal, satu pasal yang lain ialah tidak malukah Wan Suhaimi meminta-minta jawatan sebegitu rupa dari kerajaan negeri PAS Kelantan bila PKR hanya mempunyai seorang wakil rakyat saja dalam DUN Kelantan berbanding dengan PAS?

Kalau banyak sangat tu bolehlah dipertimbangkan, ini satu.

Lagipun, prestasi PKR Kelantan dalam PRU13 yang lepas begitu buruk sekali.  Selain hilang beberapa kerusi DUN dan Parlimen kepada UMNO/BN, PKR juga gagal menyelesaikan pelbagai pergolakan dalaman parti itu di negeri tersebut sehingga menjejaskan kepercayaan rakyat.

Nasib baik ada PAS menyelamatkan keadaan, jika tidak hampir pasti negeri itu akan terlepas semula ke tangan BN yang begitu hebat berusaha merampas negeri tersebut sehingga ke saat-saat akhir.

Tidak usahlah PKR Kelantan cuba menutup kesilapan sendiri dengan mempersoalkan keputusan kerajaan Kelantan tidak melantik mana-mana pemimpin parti di negeri tersebut ke dalam Exco atau anak syarikat kerajaan negeri.

Itu adalah hak Menteri Besar Kelantan dari PAS untuk memutuskan siapa yang lebih layak memikul peranan di tempat-tempat yang dipersoalkan PKR Kelantan hari ini.  PAS pun sudah memerintah Kelantan lebih dari 23 tahun, mereka tahulah apa yang baik atau tidak untuk negeri tersebut.

Berbanding dengan PKR yang baru sahaja menjadi sebahagian dari kerajaan negeri Kelantan - bermula pada tahun 2008 selepas Pakatan Rakyat dibentuk.

Wan Suhaimi siapa pulak nak mempersoalkan keputusan Menteri Besar?

Maka itu PAS Kelantan akan mengemukakan aduan dan bantahan kepada PKR Pusat dalam sehari dua ini, untuk mengambil tindakan disiplin yang keras kepada Wan Suhaimi.  

Biarlah perkara ini menjadi pengajaran kepada pemimpin PKR negeri itu agar lebih berhati-hati ketika mengeluarkan kenyataan mengkritik pentadbiran negeri tersebut.

No comments: