SHAH ALAM - Berikutan ‘pelbagai janji’ oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) seolah-olah gagal untuk ditepati, rakyat mungkin akan menilai kembali janji kerajaan yang akan dibuat pada PRU akan datang.
Menurut pensyarah Sains Politik Univerisiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Madya.Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff, kepercayaan rakyat akan hilang terhadap kerajaan BN sekiranya kerajaan dilihat terus-menerus memungkiri janji sekaligus akan membawa ‘bencana’ kepada BN sendiri.
“Selepas ini sekiranya kerajaan BN buat ‘Aku Janji’ rakyat akan nilai balik sama ada untuk percaya atau tidak.

“…ini sekaligus akan memberi ‘serangan balik’ kepada BN, oleh itu BN perlu berhati-hati dalam membuat janji...tunaikan segala janji kalau tidak ‘Aku Janji’ tersebut akan menjadi senjata makan tuan,” katanya ketika dihubungi oleh Sinar Harian Online hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta untuk menggulas kenyataan Ketua Pemuda Pas Kawasan Padang Serai yang juga Exco Pemuda Pas Kedah, Abu Tholib Yahya, yang mengatakan BN memperdayakan rakyat dan pengundi dengan janji yang dibuat ketika berkempen pada PRU13 lalu.
Sementara itu ketika diminta untuk menggulas mengenai adakah rakyat akan menghukum BN dalam PRU akan datang berikutan kegagalan BN dalam menunaikan janji mereka ini, Agus menegaskan masih terlalu awal untuk menilai perkara tersebut.
Jelasnya,terdapat pelbagai faktor lain yang akan mempengaruhi pengundi dalam PRU yang akan datang.
“Untuk menilai perkara (hukum BN) itu masih terlalu awal…sesiapan pun tidak boleh menjangka, cuma untuk situasi sekarang memang rakyat berada dalam tekanan,” katanya.
No comments:
Post a Comment