Monday, January 20, 2014

Hina Anwar: Pakatan Rakyat Mahu Kedutaan Jepun Di Tutup


Pakatan Rakyat hari ini mendesak bangunan kedutaan Jepun di Jalan Stoner, Kuala Lumpur ditutup sebagai protes atas penghinaan ke atas pemimpin parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Ketua Pembangkang.

Imigresen Jepun kelmarin menghalang Anwar dari memasuki negara tersebut tanpa alasan munasabah.

Suka atau tidak, jawatan Ketua Pembangkang itu menjadikan Anwar pemimpin bertaraf menteri dan berhak menggunakan pasport diplomatik, tapi masih tidak terlepas dari penghinaan oleh kerajaan Jepun yang kita percaya bertindak demikian kerana mendapat maklumat salah dari UMNO.

Maklumat terbaru diterima Pakatan Rakyat menunjukkan kerajaan Jepun masih enggan mendedahkan butiran sebenar kenapa Anwar dan rombongannya dilarang dari memasuki negara tersebut kelmarin.  

Bukan itu sahaja, sumber Pakatan Rakyat di Wisma Putra menyatakan bahawa setakat ini, tidak ada sebarang petanda yang kerajaan Jepun akan meminta maaf kepada Anwar dan rakyat Malaysia atas insiden memalukan tersebut.

Malah, ancaman untuk menutup semua syarikat Jepun yang beroperasi di Selangor dan Pulau Pinang (2 negeri yang diperintah Pakatan Rakyat) juga nampaknya tidak memberi apa-apa kesan.  

Jepun rasa mereka terlalu kebal dan tidak boleh disentuh, mentang-mentanglah negara itu antara kuasa terkuat ekonomi dunia dan menjadi pelabur asing nombor satu di Malaysia.

Boleh jalanlah.


Apa pun, amarannya disini ialah, jika kerajaan Malaysia gagal bertindak balas atas insiden yang memalukan Anwar dan rakyat Malaysia itu, Biro Antarabangsa Pakatan Rakyat akan membuat bantahan rasmi kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam jangka masa terdekat.

Bantahan ini kemudiannya akan dipanjangkan ke pengetahuan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICJ) untuk mendapatkan pengadilan.

Jumaat ini semua penyokong Pakatan Rakyat akan mengadakan bantahan di depan bangunan Kedutaan Jepun selepas upacara sembahyang Jumaat selesai.

Memo bantahan atas insiden tersebut akan dihantar kepada Duta Jepun dan penyokong Pakatan Rakyat akan berkhemah sehingga Jepun meminta maaf atau bangunan itu ditutup.

Semua ini menunjukkan Pakatan Rakyat bukanlah organisasi yang boleh dipermainkan dengan mudah oleh mana-mana pihak.  Anwar adalah bakal Perdana Menteri Malaysia dan beliau tidak seharusnya dilayan setaraf dengan pengganas!!

Jepun nampaknya masih lagi negara yang sama seperti mana 60 tahun dulu, GANAS & PEMBULI!!

No comments: