Berikutan keengganan kerajaan Jepun meminta maaf kerana menghalau Datuk Seri Anwar Ibrahim keluar dari negara tersebut kelmarin, semua rakyat Malaysia mulai dari sekarang haruslah memboikot semua barangan Jepun bermula serta merta.
Yang dimaksudkan sekarang bukan sahaja barang yang hendak dibeli tapi barang yang sudah dibeli pun, kalau atas jenama Jepun, hendaklah dibuang sebagai tanda kebencian rakyat Malaysia terhadap tindakan biadap kerajaan Jepun itu.
Ini persoalan maruah negara yang sedang berada dalam keadaan bahaya kerana Anwar adalah bakal Perdana Menteri kita.
Tidak seharusnya sebuah negara maju seperti Jepun mempunyai undang-undang yang tidak bertamadun seperti itu - menghalang bekas banduan dari memasuki negara tersebut.
Seolah-olah ada 2 layanan berbeza sedangkan manusia secara amnya adalah sama kesemuanya, tidak terkecuali bekas banduan.
Pakatan Rakyat percaya, undang-undang berkenaan dikenakan atas nasihat kerajaan Malaysia yang tidak mahu melihat pengaruh Anwar berkembang di negara matahari terbit tersebut. Kedatangan Anwar ke Jepun dijangka akan meningkatkan lagi pelaburan di Selangor dan ini adalah ancaman serius kepada UMNO.
Anwar adalah penasihat ekonomi Selangor.
Sebab itulah kempen anti barangan Jepun ini dilancarkan untuk menunjukkan kepada kerajaan Jepun bahawa rakyat negara ini menentang sebarang bentuk diskriminasi seperti itu.
Diperingkat kerajaan, Pakatan Rakyat akan melaksanakan beberapa tindakan bagi menyokong usaha boikot barangan Jepun ini.
Kerajaan negeri Selangor dan Penang umpamanya, akan menggantikan kerajaan rasmi kerajaan negeri dari jenis Toyota Camry dengan Mercedez Benz berkuatkuasa bulan depan secara berperingkat.
Semua barangan elektronik jenis Sony (kecuali telefon bimbit) juga akan dilarang dari memasuki bangunan-bangunan kerajaan di kedua-dua buah negeri tersebut berkuatkuasa serta merta. Notis mengenainya akan dipasang mulai besok di semua bangunan milik kerajaan negeri.
Kegagalan mematuhi arahan tersebut akan menyebabkan barangan tersebut dirampas oleh anggota keselamatan bangunan yang diarahkan untuk menguatkuasakan arahan tersebut.
No comments:
Post a Comment