Tuesday, January 21, 2014

Sudah Sampai Masanya Azmin Ganti Wan Azizah


Tinggal 3 bulan sahaja lagi sebelum pemilihan PKR berlangsung.  Malangnya setakat ini, kita masih tidak mendengar ada mana-mana pemimpin parti yang mengumumkan untuk mengundur diri secara sukarela bagi memberi peluang kepada generasi muda untuk mengambil alih.

Sudah tentu yang aku maksudkan disini ialah Presiden PKR, Datin Sri Wan Azizah Ismail yang khabarnya akan dicabar Timbalan Presiden, Azmin Ali jika beliau masih enggan menerima tawaran kompromi untuk mengosongkan jawatan tersebut secara sukarela.

Kepimpinan Azizah semakin tidak mendapat tempat di hati para penyokong PKR.  Prestasi PKR dalam PRU13 yang lepas juga semakin merosot berbanding 2008 apabila kekurangan 1 kerusi parlimen dan banyak kerusi DUN.

Sasaran untuk merampas beberapa negeri seperti Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang, gagal dilaksanakan dan sehingga sekarang, kita masih tidak mendengar apakah punca utama sehingga sasaran tersebut gagal dicapai?

Balik-balik yang kita dengar, penipuan pilihanraya dan sebagainya.  Kalau macam ini, sampai bila pun masalah sebenar tidak akan mampu diatasi.

Tanggungjawab untuk semua perkara ini perlu diletakkan di bahu Azizah sebagai Presiden.  Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak seharusnya dipersalahkan kerana beliau menumpukan perhatian kepada Pakatan Rakyat.

Dari segi itu, Anwar telah berjaya kerana aku difahamkan ada kawasan-kawasan tertentu dimana calon Pakatan Rakyat menang tanpa perlu turun berkempen pun, dan kredit ini seharusnya diberikan kepada Anwar yang telah melakukan itu (kempen) untuk mereka dalam Road Tournya di seluruh negara sebelum PRU13 yang lepas.

Tapi entah dimana silapnya, majoriti besar calon-calon yang beruntung ini hanyalah calon-calon dari DAP dan PAS, sedikit sahaja kepada calon PKR.  Perkara ini dikaitkan dengan kelemahan kepimpinan Azizah yang gagal menarik minat rakyat.

Azizah perlu menjelaskan bagaimana perkara ini boleh berlaku.  Jika ada kelemahan, akui dan berundurlah.  Pakatan Rakyat sudah seharusnya menjadi kerajaan di Putrajaya dalam PRU13 tempoh hari tapi digagalkan oleh kelemahan Azizah dalam PKR.

Justeru, Azmin perlu segera mengambil alih jawatan Presiden dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah dilantik sebagai Timbalan Presiden bagi mengekalkan legasi Anwar - jika itu yang Azizah bimbangkan, kehilangan legasi.

Kita sudah tidak banyak masa lagi.  Pengaruh PAS semakin melemah dan terhad di sekitar negeri-negeri pantai Timur saja.  PKR perlu lebih kuat bagi mengisi kekosongan tersebut dan hanya Azmin sahaja yang mampu membawa parti tersebut ke arah itu.

Gandingan Anwar dan Azmin menerajui PKR, adalah impian semua penyokong PKR sejak dulu.  Jika dulu peranan Azizah sebagai Presiden lebih kepada mengisi kekosongan Anwar yang ketika itu dipenjarakan, sampailah masanya semua itu berubah.

No comments: