Monday, January 6, 2014

Hard Rock: Gereja, Kuil & Tokong Juga Patut Dibina Di Putrajaya

Pakatan Rakyat tidak nampak bagaimana cadangan nak membuka sebuah pusat hiburan, Hard Rock Cafe di Putrajaya ini boleh menjadi isu yang besar sangat?  Hard Rock saja pun, bukan kasino macam di Las Vegas atau di Genting.

Tapi anehnya, ia begitu hebat diperkatakan sehingga khabarnya Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Aseh Che Mat terpaksa masuk pejabat pada hari Ahad untuk memberi penjelasan tentang perkara tersebut.

Macam tidak ada cerita lain.  

Atau, mungkinlah sebab anak Aseh ini, budak Khairun tu adalah Setiausaha Politik kepada Najib Tun Razak, maka Aseh cepat-cepat cuci tahi sebelum baunya terpalit kepada Perdana Menteri 'Barang Naik' itu.

Takut nanti Najib dicop sebagai Perdana Menteri pertama yang membenarkan pusat hiburan dibuka di tempat yang sepatutnya jadi pusat pentadbiran kerajaan.  Nanti Mahathir kecik hati, dah UMNO berpecah kepada 2 pulak, satu yang sokong Najib, satu yang pro Mahathir.

Sekarang pun khabarnya perkara itu sudah berlaku terutama di kalangan penggiat media sosial.  Dah ada blogger pro Mahathir dan blogger pro Najib.

Apa pun, itu lantak merekalah.  Bagi Pakatan Rakyat sendiri (yang bakal menguasai Putrajaya tidak lama lagi), soal nak dibuka Hard Rock Cafe atau tidak ni, adalah satu cerita kecil untuk diperbahaskan.  

Pakatan Rakyat sangat berpengalaman dalam hal ini.  Lihat saja contoh di Shah Alam, Selangor yang juga pusat pentadbiran negeri tersebut.

Sepanjang berada dibawah pemerintahan BN dulu, arak pun tidak dibenarkan untuk dijual dalam bandaraya itu, tapi sejak Pakatan Rakyat ambil alih, bukan saja arak sudah boleh dijual, malah kelab malam dan pub juga sudah dibenarkan beroperasi.

Apa masalah?

Sementara Pakatan Rakyat tidak menentang sebarang pembinaan pusat hiburan seperti Hard Rock Cafe di Putrajaya, kita melihat ada keperluan yang tidak kurang penting perlu dibina di kawasan tersebut 

Yang dimaksudkan adalah rumah ibadat.  

Ramai tidak tahu bahawa Putrajaya mungkin jadi satu-satunya tempat di Malaysia ini dimana tidak ada gereja, tokong dan kuil dimana-mana dalam kawasan tersebut sehingga menyusahkan penganut agama lain nak beribadat.

Sebaliknya, ada 2 masjid yang besar dan cantik dibina untuk orang Islam, dan ini sudah tentu tidak adil kepada rakyat Malaysia beragama lain dari Islam.


Mungkin Aseh boleh kata, penganut agama-agama lain tidak ramai di Putrajaya, tapi ramai atau tidak, itu bukan persoalannya.  Isunya sekarang Putrajaya itu bukan milik Melayu atau orang Islam saja, tapi milik rakyat Malaysia.

Justeru, sewajarnyalah, semua rumah ibadat tersebut di bina di kawasan itu, barulah boleh dikatakan adil.  Lagipun tak lama saja lagi sebelum Kristian menjadi agama rasmi negara ini, dan apalah rupanya kalau pusat pentadbiran kerajaan (dimana Kristian sebagai agama rasmi), tidak mempunyai gereja?

Nampak ganjil bukan?

No comments: