Monday, January 6, 2014

MB Selangor Wajar Pecat Pegawai JAIS

Majlis Presiden Pakatan Rakyat hari ini menggesa Tan Sri Khalid Ibrahim supaya menggunakan kuasa sebagai Menteri Besar Selangor untuk memecat pegawai-pegawai rendah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang terlibat dalam serbuan dan rampasan beratus-ratus kitab Bible berbahasa Melayu di Damansara minggu lepas.

Sementara pegawai tinggi yang mengarahkan serbuan tersebut pula, perlu didakwa dan dipenjarakan kerana cuba mencetus kebencian antara agama di negeri tersebut.

Perkara hampir sama turut dibangkitkan oleh Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh melalui akaun Twitternya semalam.


Khalid tidak ada alasan untuk mengelak lagi.

Bagi Pakatan Rakyat, kejadian rampasan kitab Bible itu adalah satu kejadian yang telah memalukan semua penyokong Pakatan Rakyat yang menyokong kalimah Allah digunakan di Gereja.

Tak perlu dinafikan bahawa di Selangor ini, Pakatan Rakyat banyak terhutang budi dengan orang-orang Kristian yang telah mengundi dan memastikan kemenangan besar kita dalam PRU13 yang lepas, dan inikah caranya kita membayar budi baik tersebut?

Sudah tentu tidak.

Mahu tidak mahu, perlu diakui tindakan JAIS ini telah menjatuhkan imej kerajaan negeri dan Pakatan Rakyat kerana ia berlaku di negeri yang kita perintah, Selangor - negeri yang sepatutnya mesra agama Kristian.  

Tak bolehlah Khalid dan Exco berkaitan cuci tangan dengan berkata tidak tahu.  Jangan nampak bodoh sangat.  Sedangkan, perkara ini berlaku di negeri yang kita perintah, dilakukan oleh agensi yang gajinya dibayar oleh kerajaan negeri.

Macam mana kata tidak tahu? 

Pakatan Rakyat mahu lihat tindakan yang telah diputuskan di atas ini dilaksanakan oleh Khalid dengan segera.  Memang kita tahu, dari segi operasi, JAIS bertindak atas arahan Sultan Selangor, tapi dari segi bayar gaji, kerajaan negeri ada hak untuk mengambil tindakan.

Kepada pegawai JAIS yang bakal dikenakan tindakan nanti oleh kerajaan negeri, bolehlah mintak kerja dekat Istana tu, potong-potong rumput ke atau basuh-basuh tandas ke.  Yang penting jangan ganggu agama Kristian nak berkembang.

No comments: