Sokongan tidak berbelah bahagi anak bekas Perdana Menteri, Datin Paduka Marina Mahathir ke atas pergerakan Gereja di Malaysia, bukanlah satu rahsia.
Di kala ada segelintir orang Islam bodoh mengangkat sepanduk mengutuk penggunaan kalimah Allah di dalam Gereja, Marian hadir dan sama-sama menyertai upacara keagamaan di Gereja Katolik Our Lady of Lourdes di Klang semalam.
Dikatakan bahawa Marina mempunyai seorang (atau lebih) anak beragama Kristian, hasil perkahwinan dengan seorang peniaga dari Indonesia satu ketika dulu, tapi kini telah bercerai.
Pada satu ketika, Marina sendiri pernah dikatakan telah murtad (keluar dari agama Islam) tapi berita itu tidak dapat disahkan. Bagaimanapun berdasarkan pemerhatian aku, dengan cara berpakaian, pergaulan dan sebagainya, kemungkinan itu memang ada.
Maka tidak hairanlah kenapa Marina boleh memahami keperluan masyarakat Kristian dalam soal penggunaan kalimah Allah di dalam gereja ini, lebih dari orang-orang Islam lain di Malaysia ini.
Sehubungan dengan itu, nama Marina khabarnya telah dicadangkan untuk dilantik sebagai Duta mewakili gereja katolik bagi menjadi perintis kepada penyatuan orang Islam ke dalam agama Kristian di negara ini.
Marina Juga Aktif Menyokong Himpunan Anjuran Pakatan Rakyat seperti Bersih |
Selain sebagai tanda penghargaan atas usaha keras dan tidak kenal takut yang dilakukan Marina selama ini bagi membantu kebajikan gereja-gereja di Malaysia, perlantikan ini juga dilihat dapat menyelesaikan pelbagai isu berbangkit bila menyentuh tentang hubungan Kristian dan Islam di negara ini.
Pengetahuan meluas Marina dengan adat resam masyarakat Islam di Malaysia, mampu membantu pihak gereja untuk memahamai sebarang permasalahan berbangkit dalam konteks hubungan orang Islam dan Kristian ini.
Marina juga dalam masa yang sama, mampu memberi kefahaman kepada orang Islam mengenai agama Kristian agar tidak timbul sebarang masalah yang boleh membawa kepada berlakunya keadaan tidak tenteram di negara ini pada masa hadapan.
Sehingga di akhirnya, segala macam perbalahan yang wujud hari ini antara orang Islam dan Kristian, dapat diselesaikan dengan begitu mudah sekali.
Tak perlu angkat-angkat sepanduk pun, macam orang bodoh.
Cuma isunya nanti mungkinlah status Marina sebagai anak Mahathir yang merupakan musuh utama Pakatan Rakyat. Tapi aku yakin, pada umur melewati 50-an ini, Marina bukan budak-budak kecil yang perlu dipantau ibu bapanya selalu.
Jadi apa pun pergerakannya, tidak perlu dikaitkan dengan Mahathir, silap-silap, Marina tak mengaku pun Mahathir itu bapanya lagi, siapa tahu?
Cuma isunya nanti mungkinlah status Marina sebagai anak Mahathir yang merupakan musuh utama Pakatan Rakyat. Tapi aku yakin, pada umur melewati 50-an ini, Marina bukan budak-budak kecil yang perlu dipantau ibu bapanya selalu.
Jadi apa pun pergerakannya, tidak perlu dikaitkan dengan Mahathir, silap-silap, Marina tak mengaku pun Mahathir itu bapanya lagi, siapa tahu?
No comments:
Post a Comment