Sunday, January 26, 2014

Insiden Di Sungkai: 'Lembu' Memang Makan Rumput Apa!!


Pakatan Rakyat tidak nampak sebarang masalah dengan insiden seorang guru cina mengarahkan 2 orang murid Melayu memakan rumput kerana tidak menyiapkan tugasan sekolah.

Di sekolah jenis kebangsaan cina seperti itu, memang hukuman keras dikenakan ke atas para pelajarnya yang tidak berdisplin dan makan rumput memang biasalahnya.

Hasilnya boleh lihat sendiri, prestasi pelajar di SRJK(C) memang jauh lebih baik dari sekolah jenis kebangsaan, puncanya kerana penekanan yang berat diberikan kepada soal disiplin para pelajar.

Justeru, hukuman seperti memakai loceng dan memakan rumpun itu memang bersesuaian sebagai denda bagi pelajar yang tidak menyiapkan kerja sekolah.  Tujuannya supaya perkara itu tidak diulangi di masa hadapan.

Tidak sewajarlah sesiapa menjadikan perkara ini sebagai isu politik dan perkauman kerana sekolah sepatutnya bebas dari semua unsur-unsur tersebut. 

UMNO saja yang menjadikan perkara ini sebagai isu politik dan janganlah sesiapa termasuk dalam perangkap UMNO kerana memang mereka memang mahu keadaan itu berlaku.

Kalau dah pelajar cina tak buat salah, takkan lah guru nak hukum mereka, yang salah sajalah kena hukum dan kebetulan dalam kes ini yang terlibat ialah pelajar Melayu.  Disitu saja sudah nampak permainan UMNO.

Maka itu Pakatan Rakyat akan memberikan bantuan yang sewajarnya kepada guru dan sekolah berkenaan jika keadaan memerlukan.  Ini hal kecil, paling habis pun minta maaf dan semuanya akan selesai.

Bila difikir-fikirkan semula, lembu memang makan rumput dan orang Melayu dari banyak segi memang 'lembu' pun, apa yang salah?

No comments: